Lau: Khairy gali kubur sendiri


Oleh K Pragalath, FMT

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lau Weng San berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar ‘menggali kubur sendiri’ mengenai kontroversi sejarah Bukit Kepong.

Beliau yang juga Setiausaha Kerja DAP Selangor berkata “ini kerana Khairy sendiri pernah menolak cabaran berdebat dengan DAP dalam tahun 2005 mengenai sejarah kemerdekaan negara.”

Lau berkata demikian ketika membidas Khairy kerana marah kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang enggan berdebat dengannya (Khairy) berhubung isu tersebut.

“Saya melihat kenyataan Khairy ini sebagai mengorek dan menggali kubur sendiri kerana beliau telah lupa bahawa beliau juga pernah menolak untuk berdebat dalam isu yang hampir sama pada tahun 2005
walaupun cabaran beliau kepada Mat Sabu untuk berdebat isu

Bukit Kepong ini lebih untuk kepentingan politik beliau,” kata Lau dalam satu kenyataan media.

Kelmarin Khairy menggelar Mat Sabu bacul dan penakut kerana tidak berani berdebat dengannya dalam peristiwa sejarah Bukit Kepong.

Isu Bukit Kepong timbul ekoran laporan akhbar Utusan Malaysia bulan lepas bahawa Mat Sabu mengiktiraf Muhammad Indera (Mat Indera) yang memimpin serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai wira negara.

Mengulas lebih lanjut Lau berkata bahawa Khairy menolak tawaran debat yang ditawarkan oleh Setiausaha Antarabangsa DAP Pusat

Ronnie Liu Tian Khiew pada tahun 2005 berikutan kontroversi yang timbul dari kenyataan Liu berkenaan pejuang kemerdekaan.

Khairy cepat lupa

“Saya mengingatkan Khairy supaya beliau jangan terlalu cepat lupa apa yang pernah beliau lakukan enam tahun yang lalu apabila beliau menolak cabaran daripada Liu pada masa itu.

Liu kini Exco Kerajaan Negeri Selangor pernah mengeluarkan kenyataan bertajuk “The Real Fighters for Merdeka” pada awal September 2005.

“Laman web Utusan Malaysia telah melaporkan percakapan Khairy pada 8 September 2005 semasa beliau menghadiri Forum Kepimpinan Global 2005 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

 

Selanjutnya di sini.



Comments
Loading...