Chegu Bard mahu Utusan Malaysia sedar diri


Oleh Zefry Dahalan, FMT

SEREMBAN: Kecewa dengan pemberitaan akhbar Utusan Malaysia yang didakwa menipu orang Melayu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin  bersama ahli SAMM mengambil tindakan menampal tiga keping poster bermesej di hadapan pejabat akhbar tersebut di Seremban.

Chegu Bard bersama penyokongnya menampal poster tersebut bagi menjelaskan dan menafikan tuduhan laporan akhbar tersebut pada 30 Ogos lalu yang mencabarnya untuk membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan isu cincin berlian RM24.45 juta yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Utusan Malaysia merupakan media pekak bagi Umno yang mengamalkan strategi “pembohongan besar”.Akhbar tersebut mencabar saya membuat laporan SPRM pada 30 September sedangkan laporan SPRM telah pun saya buat pada 13 Julai di SPRM Pulau Pinang dan wartawan Utusan Malaysia juga berada dalam sidang akhbar tersebut.

 

Selanjutnya di sini.



Comments
Loading...