MINTA MAAF – SATU KESILAPAN BESAR


TUKAR TIUB

Kita baru sahaja berhari raya. Masa saya kecik-kecik dulu raya – kami kanak-kanak menganggp hari raya ini satu bulan. Dari lojik kanak-kanak kalau kita berpuasa sebulan maka berhari raya pun wajib satu bulan juga. Jadi, minggu ini saya harapkan kita semua masih lagi berhari raya. Lalu, dihari baik bulan baik ini biarlah saya meminta maaf dari para pembaca sekelian.

Saya meminta maaf ini bukan kerana saya buang tabiat. Atau saya dapat seru untuk memulakan perjalanan ke Mekah. Juga bukan kerana saya ternampak Hantu Kopek ketika main mercun pada malam raya dahulu. Saya minta maaf ini kerana saya telah membuat satu kesilapan yang amat besar. Memang besar kesilapan saya ini.

Ceritanya bagini : selama satu bulan – dibulan puasa – saya selalu mengidam hendak berbuka puasa dengan Rosmah berendam …oopsss maaf dengan badak berendam sambil minum air tuak. Idaman saya ini gagal. Kerana kegagalan ini maka munculah kesedaran kepada saya bahawa selama ini saya telah silap kerana sebenarnya badak berendam…opps maaf … sebenarnya Cik Siti Puan Rosmah Mansor bukan musuh. Kesilapan besar saya ialah menganggap Rosmah sebagai musuh. Ini silap yang betul betul silap.

Saya sedar – habis sahaja para pembaca membaca ayat diatas maka pastilah ramai yang akan menuduh bahawa saya telah belot. Atau saya telah dibeli. Atau saya telah bertaubat. Wahai pembaca yang budiman. Sabar dahulu biar saya terangkan kenapa saya tidak lagi menganggap Rosmah Mansor sebagai musuh.

Kesahnya bermula sebelum bulan puasa lagi. Saya mula mendengar cerita dari Haji Desas bin Lebai Desus. Dari hari ke minggu dari minggu ke bulan – cerita ini semakin kuat saya dengar. Mula-mulanya saya hanya terbaca dari laman dan blog yang terkenal sebagai laman fitnah dan tohmah. Tetapi bila saya lakukan kaji selidik maka saya dapati cerita dari Haji Desus ini bukan lagi desas desus tetapi telah menjadi fakta.

Mula-mula dahulu saya mendengar bahawa Munyiddin Yassin amat marah kepada Cik Siti Puan Rosmah kerana beberapa kali Rosmah Mansor telah mengambil tempat dan kedudukan resmi Muhyiddin dalam hal pembelajaran. Rosmah seakan-akan telah menjadi Menteri Pelajaran. Telinga saya sendiri telah mendengar dari tim Muhyiddin tentang bagaimana Muhyiddin menyinga marah terhadap Cik Siti Puan Rosmah.

Kemudian muncul pula berita tentang Cik Siti Pun Rosmah kita ini pergi ke Kazakhtan untuk meminang. Memang pelik – bak kata orang Melayu ini macam perigi mencari timba. Atau lebih tepat lagi macam lesong mencari antan. Ini bukan kerana anak perempuan Rosmah ini memiliki mulut seluas lubang lesong atau bakal menantu Rosmah ini memiliki anu sebesar antan. Ini tanda kehebatan pepatah Melayu – tepat lagi erotik

Semua kesah-kesah ini cuba memburukkan Rosmah Mansor. Tak cukup dengan kesah lubang mencari antan tetiba timbul pula kesah besan Rosmah ini rupa-rupanya ada kaitan dengan Marlon Brando oopps…salah… bukan dengan Godfather Itali tetapi dengan mafia Russia. Tidak diketahui bagaimana berita ini terbocor dalam akhbar Kompas – harian terbesar di Indonesia. Nampaknya kempen membenci Cik Siti Puan Rosmah ini telah menular ke seberang.

Kesah ini rupa-rupa tidak berhenti disini sahaja. Tup tup terbarai pula berita Cik Siti kita ini telah membeli sebentuk cincin berlian dari New York. Untuk saya berita cincin ini tak masuk akal. Cuba para pembaca renung dan fikirkan – munusabah kah Cik Puan kita yang berat badannya 143 kilo 75 gram ini mahu menambah setengah kilo lagi berat cincin ditangan? Mustahil.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...