Pembangkang tidak perlu berunding dengan BN untuk tentukan tarikh PRU


ASPAN ALIAS

Saranan pihak pembangkang untuk kerajaan berunding dengan mereka (pembangkang) untuk menentukan tarikh pilihanraya mendapat tentangan dari Dr Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri negara. Dr Mahathir menyarankan yang pihak pembangkang menubuhkan dahulu kerajaan dan mereka (pembangkang) boleh menentukan tarikh pilihanraya negara.

Selalunya di mana-mana juga di dunia ini kerajaanlah yang menentukan tarikh pilihanraya, bukannya pembangkang. Tetapi Mahathir lupa yang AS tetap mengadakan pilihanraya setelah tamat 4 tahun penggal sesuatu kerajaan yang di pilih itu mentadbir negara itu. Tetapi Mahathir juga betul jika beliau membandingkan negara-negara mundur seperti negara ‘favorite’ beliau Zimbabwe di Afrika dan banyak negara lain di dunia ini.

Tetapi kalau kita bercita-cita hendak menjadi negara maju tentulah cara AS dan Britain menentukan pilihanraya mereka menjadi contoh kepada kita. Tetapi isu ini tidak sepatutnya menjadi polimik kita kerana cara itu sudah menjadi cara kita. Kerajaan yang memerintah khususnya Perdana Menterilah yang akan menentukan tarikh pilihanraya negara.

Malahan Dr Mahathir telah menubuhkan kerajaan dulu sebelum beliau menubuhkan UMNO yang ada pada hari ini pada Februari 1988 dahulu. Kerajaan wujud dahulu baru UMNO ditubuhkan, dan pada tahun berikutnya (1990) baru di adakan pilihanraya umum.

Kita mesti faham bahawa kita masih membudayakan politik dunia ketiga walaupun pemimpin-pemimpin kita begegar-gegar bercakap hendak jadikan negara ini sebagai negara berdaya maju dan mempunyai mentaliti rakyat negara maju.

Saya cadangkan kepada pembangkang tidak usahlah hendak membawa isu ini ketengah kerana mereka yang memimpin tidak akan berganjak dari cara lama itu. Lagi pun pembangkang tidak payah lagi bersusah payah kerana apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO dan BN sekarang ini semua ‘self defeating’ dan mereka akan menghadapi masalah di atas tindakan mereka sendiri.

Mereka (UMNO) dan pemimpin mereka tidak konsisten dalam tindakan mereka. Pemimpin UMNO bukannya sayang sangat kepada UMNO itu sebabnya mereka melakukan perkara-perkara pelik yang menjahanamkan parti mereka sendiri. Semuanya kerana kehendak peribadi.

Dr Mahathir sendiri pernah keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan itu, semata-mata kerana hendak menyungkurkan Pak Lah. Jika keutuhan UMNO itu benar-benar menjadi perjuangan beliau, Mahathir tidak sepatutnya keluar dari parti semata-mata kerana marahkan Pak Lah. Saya bukan menyokong Pak Lah tetapi tindakan Dr Mahathir keluar parti itu merupakan tindakan yang menunjukan beliau berpolitik semata-mata kerana peribadi. Asalkan Pak Lah jatuh partinya jatuh pun tidak mengapa bagi beliau. Peribadinya mesti di dahulukan.

Itu sebabnya yang menjatuhkan UMNO bukan pembangkang tetapi parti itu dijatuhkan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri. Itu sebabnya UMNO sekarang sedang menghadapi penyakit ‘terminal’ dan amat payah untuk diperbaiki. Jika parti jatuh kita akan di persalahkan. Mereka tidak juga bersalah.

Dalam keadaan yang tenat sekarang ini pun ada pihak di kalangan pemimpin yang berpengaruh di dalam UMNO sedang berusaha untuk menjatuhkan Najib. Tetapi di nafikan oleh mereka. Tetapi dalam UMNO yang mereka cakap itu tidak selalunya betul, tetapi yang di katakan berita angin jahat itu lah yang selalunya menjadi benar.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...