Apabila kata-kata pemimpin tidak diyakini – masuk telinga kanan keluar telinga kiri


ASPAN ALIAS

Orang tua-tua yang berilmu dan mempunyai ‘wisdom’ yang tinggi selalu berpesan, jika datang yang cantik dan yang nampak elok jangan terus di terkam kerana mungkin ada celaka di sebaliknya. Jika datang pula yang tidak elok dipandang jangan terus ditolak kerana mungkin ada kebahagian di sebaliknya.

Maksud nasihat ini ialah supaya kita membuat penilaian dan penelitian dengan sebaik mungkin terhadap perkara yang di timbulkan dan jangan mengambil keputusan dengan terlalu cepat untuk menerima atau menolaknya. Ianya mesti dihalusi dan dipertimbangkan dengan sebaik mungkin agar kita tidak mudah tersilap dalam membuat sesuatu perhitungan dan keputusan dengan baik serta bijaksana.

Keputusan ‘self congratulatory’ DS Najib tentang pemansuhan ISA (Akta keselamatan dalam negeri) baru-baru ini juga mesti kita pertimbangkan dengan sebaik mungkin tentang ketulusan dan keikhlasannya kerana mahu tidak mahu keputusan itu merupakan keputusan politik bagi saya. Kita faham yang keputusan yang dibuat oleh PM Najib ini merupakan salah satu ikhtiar pihak pemerintah untuk mendapat perhatian rakyat dalam kita sedang menghampiri PRU yang paling mencabar bagi BN dalam sejarah kewujudan ‘coalition’ ini.

Itulah sebabnya kita kelihatan jelas yang tindakan Najib ini mendapat tentangan dari kumpulan ‘hard-liner’ dalam UMNO dan ini sahaja sudah menunjukan keputusan Najib itu merupakan keputusan yang tidak mendapat sokongan padu di dalam pihak kerajaan dan sebahagian penyokong-penyokong parti yang memerintah.

Perkasa dan ramai di antara individu pemimpin yang bercakap di belakang yang tindakan Najib ini memberikan tamparan kepada mereka yang telah mempertahankan ISA tetapi apabila membuat keputusan mereka menyatakan yang keputusan itu merupakan keputusan Najib seorang dan tidak pun dibawa kepada Mesyuarat Kabinet untuk mendapatkan ‘endorsement’ dari Jemaah Kabinet Negara.

Pengumuman beliau tentang pemansuhan ini telah di ‘stage managed’ dengan persediaan secara ‘live’ dari merata lokasi di seluruh negara untuk mendapatkan komen sokongan dari mereka yang telah diatur terlebih dahulu dan ianya hanya merupakan keputusan politik untuk mendapat ‘popularity’ semata-mata.

Kita memahami apa yang ada di dalam pemikiran Najib itu. Kita tahu beliau mahu di anggap sebagai hero pembaharuan dan mahukan kredit yang besar untuk menghadapi pilihanraya umum yang beliau ketuai buat kali pertama. Kita mesti juga ingat Najib telah mengambil begitu lama untuk mengadakan pilihanraya untuk mendapatkan sokongan rakyat terhadap kepimpinannya.

Yang kita ingat hanya Datuk Husein Onn sahaja yang mengambil masa 2 setengah tahun untuk mengetuai pilihanraya pada Ogos 1978 dahulu selepas mengambil alih kepimpinan dari biras beliau Tun Razak pada Januari 1976 dahulu kerana kematian PM kita yang kedua itu di sebuah klinik di Jalan Harly London akibat penyakit leukemia.

Perjuangan memansuhkan ISA ini merupakan perjuangan selama 40 tahun pihak pembangkang. Tunduknya Najib terhadap tekanan pembangkang adalah disebabkan rakyat sudah terang-terang mengalihkan sokongan terhadap pembangkang. Justru pada Najib memansuhkan ISA adalah tindakan untuk mendapatkan kredit dari perjuangan pembangkang sejak dulu lagi.

Apa yang amat menarik kali ini ialah akta yang akan dimansuhkan itu mahu dilakukan oleh Najib serta merta kerana mengikut intrepitasi Nazri Aziz akta itu hanya boleh dimansuhkan pada persidangan Parlimen bulan Mach nanti. Ada kah pilihanraya diadakan sebelum akta ini dimansuhkan sepenuhnya atau selepas pilihanraya. 

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...