Ucapan PM Najib: beri yang tidak beri


SAKMONGKOL AK47

Saya telah memberi ulasan keatas ucapan PM Najib yang di buat menjelang tarikh pengujudan negara Malaysia. Mereka yang tidak ada modal untuk berhujjah- biasalah akan mengeciskan tulisan tersebut sebagai luahan dendaman. Bagaimana kita melayani respons seperti itu?

Ulasan one-liner mereka tidak perlu di pedulikan. Tidak ada fikiran yang signifiken yang boleh kita berikan kepada ulasan one-liners. Saya tidak akan memohon maaf keatas kedangkalan fikiran orang seperti ini. Mereka bertanggung jawab keatas kedangkalan mereka sendiri. UMNO tidak perlukan orang jenis ini. Mereka sudah di luar redemption dan saya tidak terdaya mengobah pandangan cetek mereka walhal saya telah mengajak pembaca budiman untuk memberikan hujjah balasan yang rasional.

Demikian juga, pembaca yang sedemikian tidak akan dapat mengobah persepsi saya bahawa saya merasakan ucapan tersebut tidak ada nilai luar biasa. Tolong buktikan kesilapan saya. Jangan tuduh saya takde kerja lain asyik hentam Najib, hentam adik beradik Najib dan hentam bini Najib. Kebenaran nya ialah mereka  gagal membentangkan hujjah untuk meyakinkan kita dan bayangkan kesan nya keatas rakyat yang membaca yang menunggu nunggu penhujjahan yang bernas dari para juak UMNO.

Maka, elok kita ulangi beberapa persoalan supaya menyenangkan kefafahaman mereka. Mudah mudahan, belakang parang di asah, lama lama akan tajam. Sudah sampai masa nya, pembaca Melayu khasnya, mengraduankan diri dari membaca makian dan hamunan, celaan, dan penghinaan dan sebagainya. Minda orang Melayu tidak berkembang membaca hasil picisan dan sastera kuning tersebut.

Besar mana bahagian rakyat negara ini yang tertakluk dengan pembubaran ISA? Adakah ISA menjadi faktor penting dalam kehidupan harian rakyat yang berdepan dengan harga barangan yang kian meningkat?  korapsi yang meluas, urusniaga kerajaan yang di rahsiakan tapi menguntungkan mereka yang terpilih? Saya juga menyebutkan perihal harapan rakyat untuk mendengar pengistiharan yang membawa perubahan substantive kedalam kehidupan harian mereka.

Tapi ini tidak beberti pembubaran ISA tidak penting. Kenapa ianya tidak di istharkan dalam parlimen sebab ISA melibatkan pasa asasnya orang politik? Itu medium penyampaian yang lebih tepat. Disana kita boleh debatkan, jika ISA di mansuhkan, bagaimana dari segi undang undang kita menangani ancaman yang ertakluk dibawah ISA selama ini? Bagaimanakah hak seseorang, terutama yang mempunyai fahaman politik yang berbeza di lindungi oleh undang2? Cara terbaik ialah mereka di hadapkan untuk membela diri di bawah akta tertentu dalam mahkamah terbuka. Tidak ada sesiapa yang lucut hak kebebasan peribadi kecuali ia di hukum oleh undang undang dalam mahkamah terbuka.

Jika kita mahu isitiharkan sesuatu yang berani dan menggegarkan dalam media umum seperti siaran TV, rakyat sebenarnya mengharapkan perkara yang melibatkan kehidupan seharian mereka.

Orang Melayu misalnya mahu melihat apakah program konkrit untuk merealisasikan agenda ekonomi Bumiputera. Jika kita telah pun mengistiharkan bahawa wadah mencapai agenda tersebut ialah Model Ekonomi Baru- atau market driven affirmative action, apa jadah nya komponen MEB tersebut? Adakah penjualan asset stratejik negara merupakan cara terpenting meliberalisasikan ekonomi Malaysia? Pertukaran saham MAS dengan saham Air Asia mendekatkan lagi pencapaian agenda ekonomi Bumi?

Jika kita letakkan pemimpin dalam GLC yang tidak berjiwa Melayu yang bangga pula dengan pemujaan mereka kepada factor ‘merits’ sampai bila pun, agenda tersebut tidak akan tercapai.

Sebab itu, saya mengharapkan ucapan PM akan melibatkan antara lain pengistiharan kita bubarkan Khazanah Berhad dan saham yang mereka pegang dan portfolio pelaburan yang ada dalam tangan mereka di pindahkan kepada institusi Amanah Pelaburan Bumiputera.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...