Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor


Kumpulan Perangsang Selangor Berhad menjemput semua siswazah dan graduan dari negeri Selangor yang masih mencari pekerjaan untuk menyertai program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) yang dianjurkan di bawah agenda CSR (Corporate Social Responsibility) Perangsang Selangor.

Antara pengisian Program RKSS ini adalah penyediaan kursus-kursus latihan secara PERCUMA seperti berikut:-

1. Sijil Program Pembangunan Kemahiran Siswazah (13 hari)
2. Sijil Pembangunan Usahawan Muda (23 hari)
3. Sijil Perbankan dan Kewangan Islam (13 hari)
4. Sijil Kemahiran Teknikal dan Bukan Teknikal (11 kursus) (5-10 hari)

Untuk mendapat penerangan lanjut dan mendaftar, sila hadir ke Majlis Pelancaran, Penerangan dan Pendaftaran pada 30 September 2011 di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Majlis akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Maklumat lanjut sila layari:

www.kps.com.my/csr-events/latest

RANGSANGAN KERJAYA SISWAZAH SELANGOR

 



Comments
Loading...