Dua Pandangan Juling


DARI JELEBU

Hishamuddin Rais 

Dari pengamatan perdebatan tentang Hudud hari ini ada pekara yang wajib saya timbulkan. Pekara yang ingin sata tuliskan ini ternyata amat terang dihadapan mata kepala kita semua. Pekara ini sedang berjoget dan bertandak dihadapan mata kita. Hanya kita enggan melihatnya. Kita gagal untuk merobek dan menilai pekara ini dengan kaca mata ilmu. Lalu kita semua membiarkan pekara ini terus berhegemoni dan membudaya.

Pekara yang saya maksudkan ini ialah: Pandangan Islam terhadap Barat. Dan Pandangan Barat terhadap Islam. Dua pandangan ini untuk saya sama juling malah kadang kala bukan juling tetapi hampir buta. Biar saya huraikan disini dari mana datangnya kejulingan ini.

Kejulingan pandangan ini memiliki urutan sejarah yang wajib kita fahami. Untuk memahami kejulingan ini kita tidak dapat melarikan diri dari memahami asas ekonomi kapitalis dan sejarah perkambangan ekonomi dunia. Gagal memahami asas dan hukum ekonomi kapitalis maka kita bukan sahaja akan juling malah akan buta untuk memahami apa sahaja yang berlaku dihadapan mata.

Bagini kesahnya: Kuasa imperial kaum pemodal dan gedung-gedung perniagaan – East India Comnpany , Dutch East Indian Company – di Eropah memerlukan bahan mentah dan pasaran. Ini rukun iman – tiang seri ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis bergerak berlandaskan hukum ini. Bahan-bahan mentah ini wujud di negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin. Justeru lahirnya zaman penjajahan dimana bahan bahan mentah diangkut punggah dari negara tanah jajahan ke London, Paris, Lisbon, Amsterdam atau Madrid.

Zaman diawal kurun dua puluh ini adalah zaman kolonial. Dari sinilah permulaan pertemuan budaya Barat dengan anak anak tanah jajahn. Di era ini Barat mula bertemu dengan Arab , Melayu dan Islam.

Para pembaca wajib sedar bahawa pertembungan kolonial ini bukan hanya pertembungan budaya tetapi penjarahan dan perampokan harta kekayaan. Kita membaca bagaimana pedagang Arab datang berdagang ke Melaka lebih awal dari Belanda atau Portugis. Tetapi Tok Arab ini tidak menjarah dan merampok. Ini berbeza dengan kedatangan kuasa kolonial Barat. Kuasa kolonial Barat bukan hanya datang untuk berniaga tetapi dengan niat untuk memiliki semua – mereka datang untuk menjajah.

Apa yang berlaku kepada bumi Melayu di Melaka dan Bengkulen berlaku juga kepada dunia Arab di Al-Khairah, Damas, Baghdad – bumi-bumi Arab ditaklok dan dijajah. Penentangan muncul – perlawan timbul. Perang anti kolonial bermula di Tanah Melayu bagitu juga di bumi Arab. Tetapi kuasa kolonial Barat yang memiliki persenjataan yang lebih canggih telah dapat mengalahkan kekuatan tempatan. Melaka jatuh dan manusia Melayu mula berhadapan dengan manusia Barat.

Untuk terus memunggah harta kekayaan – British di Tanah Melayu menetaskan United Malay National Organisation sebagai barua – kuasa kolonial Barat juga memunculkan barua-barua dan budak suruhan di dunia Arab. Pemimpin baru dimunculkan oleh kuasa Barat. Raja, Sheikh, Emir dan segala macam kaum feudal Arab dipupuk dan di baja. Di Tanah Melayu kaum feudal dari segala bentuk dimunculkan oleh British untuk menjadi barua kolonial.

Pemimpin yang dinetaskan oleh Barat ini pastilah berkiblat ke Barat. Mereka melihat Barat sebagai rujukan tamadun yang lebih kukuh, canggih, maju , moden berbanding dengan tamadun mereka sendiri. Dari sinilah munculnya budaya rasa rendah diri dan jiwa hamba warga tanah jajahan apabila berhadapan dengan Barat. Jiwa hamba ini wujud bukan hanya di negara Arab dan di Tanah Melayu malah jiwa hamba ini wujud dalam budaya semua negara yang pernah dijajah oleh kuasa Barat.

Mereka yang dikalahkan ini pula tidak lagi memiliki kuasa politik dan kuasa daulah. Mereka telah diketepikan. Justeru keupayan mereka untuk berhujjah secara ilmiah dan rasional tidak menerjah. Kekalahan melahirkan kemarahan. Kemarahan menenggelamkan fikrah rasional. Mereka yang telah dikalahkan oleh kuasa kolonial telah kehilangan kuasa. Yang tinggal hanya Tuhan dan agama kepercayaan sahaja. Justeru kumpulan Islam yang dikalahkan oleh Barat ini memelok Tuhan mereka saerat-eratnya. Tuhan ini wajib dijaga dari dicemari oleh Barat. Dari sinilah muncul-muncul hujah hujah songsang tentang apa itu tamaduan Barat.

Kumpulan Islam yang telah dikalahkan ini mengundur , mengecut dan menjadi konservatif. Tuhan yang dipelok saerat mungkin ini diberi nafas baru untuk melawan ‘the other’- baca kuasa penjajah. Untuk gulungan konservatif ini Tuhan menjadi objek pemilikan yang ekslusif untuk mereka sahaja. Terkeluar dari landasan garis pemahaman ini bermakna Tuhan mereka telah di cemari oleh Barat. Maka suci, halal dan haram menjadi induk perjuangan mereka.

Justeru saban hari kita dapat membaca , mendengar dan melihat hujah hujah puak konservatif ini yang menuduh Barat sebagai sarang maksiat. Maksiat menjadi juru ukur ketamadunan. Mereka hanya berupaya berhujah memburukan Barat melalui keberahian seksual. Para pendakwah, para penceramah, para penyebar agama dari puak ini hanya berkeupayaan untuk menuduh Barat sebagai sarang seks bebas. Barat dituduh sebagai sarang seks homosexual. Barat dilihat sebagai tempat maksiat dimana arak, perempuan dan dadah menjadi budaya utama. Inilah hujah kumpulan ini apabila mereka ingin melihat Barat.

Apabila mereka melihat kejelikan yang berlaku dihadapan mata mereak sendiri. Apabila mereka terbaca bayi mati tersadai di tepi jamban. Apabila mereka melihat angka pemadat di Pusat Serenti penuh dengan Melayu/Islam maka Barat menjadi penyebab utama. Kumpulan konservatif Islam ini menjadikan Barat sebagai sebab musab untuk segala-galanya keboborakan yang berlaku dihadapan mata mereka. Kumpulan ini hanya berhujah tentang seks apabila berhadapan dengan Barat. Inilah yang saya sifatkan sebagai satu pandangan yang juling.

Read more at: http://tukartiub.blogspot.com/2011/10/islam-dan-barat-barat-dan-islam.html



Comments
Loading...