Perkasa marah Namewee kebal undang-undang


“Namewee ini bebas buat apa sahaja selepas dimaafkan,” kata Nurul Izham Anuar.

(Free Malaysia Today) – Naib Ketua Wira Perkasa, Nurul Izham Anuar menggelar kerajaan sebagai `serigala hilang taring’ kerana takut bertindak ke atas Namewee yang kini menjadi pengarah filem Nasi Lemak 2.0.

“Namewee ini bebas buat apa sahaja selepas dimaafkan,” katanya.

Menurutnya, pandangan beliau itu bukan kerana Namewe seorang yang berketurunan Cina.

Beliau bertanya adakah Namewee dihukum atas kesalahannya mempersendakan  lagu Negaraku dan azan?

“Jawabannya tidak. Namewee terus kebal, tiada tindakan diambil ke atas penghinan Negaraku sehingga kini.

“Mengapa dia begitu kebal,? tanya Nurul.

Namewee pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 2009 apabila menyanyikan lagu Negarakuku ketika belajar di Taiwan.

Contoh buruk

Beliau berkata, pendirian Wira Perkasa mengenai perkara itu adalah jelas dan konsisten.

Katanya, Namewee adalah contoh yang buruk untuk diikuti oleh

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...