Ketua Umno: Rakyat tolak MCA, Gerakan


“Tetapi kemenangan Umno sendirian tidak cukup kerana Gerakan dan MCA kalah semua kerusi yang mereka bertanding,” kata ketua Umno Bukit Gelugor.

(Free Malaysia Today) – Umno Pulau Pinang menegaskan BN tidak akan mampu merampas Pulau Pinang jika Gerakan dan MCA terus ditolak pengundi dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Ketua Umno Bukit Gelugor Datuk Omar Faudzar berkata, Gerakan dan MCA kalah besar dalam pilihan raya umum 2008.

Menurutnya, Umno cuma kalah empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 15 yang ditandingi dan dua dari empat kerusi Parlimen pada 2008.

“Tetapi kemenangan Umno sendirian tidak cukup kerana Gerakan dan MCA kalah semua kerusi yang mereka bertanding.

“Prestasi kedua-dua parti itu sangat buruk dalam pilihan raya umum 2008. Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN” katanya hari ini.

Omar mengulas keyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN mampu merampas Pulau Pinang dalam pilihan raua umum akan datang.

Najib membuat kenyataan demikian ketika berucap merasmikan perasmian perhimpunan  agung Gerakan di Kuala Lumpur semalam.

Janji Umno kepada Gerakan, MCA

Ketua Umno Bukit Gelugor itu juga mengulas kenyataan Najib bahawa pemimpin Umno tidak akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Omar berkata, Umno telah mem

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...