Hudud: BN hanya perlu beri laluan


By Fazy Sahir, FMT

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) hanya perlu memberi laluan bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan tanpa mengambil kira ‘menang majoriti’ di peringkat parlimen.

Exco Hal Ehwal Islam Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS tidak perlu menang di peringkat parlimen bagi membolehkan parti itu melaksanakan hudud.

“Kita minta BN timbang hasrat kita agar beri laluan untuk kita pinda akta yang menyekat pelaksanaan hudud ini.Tak perlu tunggu pilihan raya. Itu yang kita minta dengan penuh rendah hati kepada pemimpin BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Wacana Sinar Harian: Hudud Dilema dan Pelaksanaanya di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini semalam.

Beliau merujuk kepada pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), 1998 yang sekadar memberi peruntukan kuasa kepada mahkamah berkenaan untuk menjatuhkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Beliau berkata masalah utama kini apabila kerajaan BN tiada kesungguhan untuk menjayakan hudud dan PAS hanya meminta agar hukum hudud dapat dilaksanakan di Kelantan sahaja dan bukannya di Malaysia.

Ujar beliau, “satu jawatankuasa teknikal juga telah dibentuk oleh kerajaan negeri bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan tanpa meminda perlembagaan dan keputusan jawatankuasa itu akan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan kelak.

“Hasrat telah kita suarakan. Perjumpaan rasmi antara Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan (Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’) Nik Aziz Nik Mat belum ada. Kita tengok penemuan dahulu, selepas itu baru kita jumpa Najib.”

 

READ MORE HERE.



Comments
Loading...