‘Tarik balik semua sekatan terhadap Aziz Bari’


(FMT) – PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik semua sekatan yang dikenakan terhadap pensyarah undang-undang dan juga pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari dengan serta merta.

“Walaupun penggantungan tugas beliau ditarik balik tetapi beliau masih di siasat oleh polis dan Suruhjaya Komunikasi Multi Media (SKMM).  Malahan komputer pejabat Aziz Bari turut ditarik,” kata Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, Pengarah Biro Mahasiswa AMK dalam satu kenyataan media.

Beliau memberi amaran agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pihak UIA tidak membuat kenyataan berunsur politik dan bermain politik dalam isu Aziz Bari ini.

Tegas Saifullah, “hal ini tidak seharusnya berlaku. Isu ini bukan sahaja melibatkan individu, pensyarah undang-undang universiti yang mengeluarkan pandangan yang tidak sealiran dengan pemerintah, tetapi ini adalah isu ini melibatkan kebebasan akademik yang menjamin kualiti pendidikan dan masa depan generasi muda.

Laporan FMT mengesahkan bahawa peguamnya Zulqarnain Lukman berkata faks yang meminta Aziz Bari melaporkan diri untuk meneruskan tugasnya di UIA semalam telah diterima pada lewat petang.

Aziz Bari digantung tugas oleh UIA minggu lalu kerana meluahkan pendapatnya berhubung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

 

Seterusnya di sini.



Comments
Loading...