Laporan audit: Syarikat kerajaan Johor tidak memuaskan


(FMT) – PETALING JAYA: Tiga syarikat milik kerajaan negeri Johor dikesan diurus dalam keadaan tidak memuaskan dan dua mengalami kerugian, menurut lapuran ketua audit negara 2010.

Tiga syarikat berkenaan ialah YWJ Citra Holdings Sdn Bhd; Johor Skills Development Centre Sdn Bhd dan Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn Bhd.

Prestasi kewangan YWY Citra tidak memuaskan kerana mengalami kerugian bagi tahun 2007 hingga 2009.

Kedudukan aset dan liabiliti juga tidak memuaskan kerana modal keraja pada tempoh sama  semakin kurang nilainya.

Syarikat juga  tidak mempunyai sumber pendapatan dan belum mendapat pulangan dari aktiviti perladangan dan hartanah yang diceburi.

“Bangunan rumah kedai miliknya masih belum ada penyewa, selain kelemahan pengurusan dan pekeliling tidak dipatuhi,” kata lapuran audit berkenaan.

 

Seterusnya di sini.



Comments
Loading...