Lapuran Ketua Odit Negara- kenapa kita bising2


SAKMONGKOL AK47

Saya mendapat komen yang panjang lebar dari sahabat blog saya, Encik Walla. Oleh kerana saya inginkan memanafaat fikiran bernas yang ada dalam komen tersebut di kongsi oleh seramai mungkin pembaca, maka saya menterjemahkan komen tersebut kedalam bahasa Melayu. Mudah mudahan, selaras dengan saranan dan pegangan MP Pagoh, ianya memperkasakan bahasa Melayu.

Begini bunyi nya komen Walla.
Pendedahan yang memualkan oleh lapuran ketua odit negara (LKON) membatalkan semua rasa gembira dari bajet 2012. Malahan, pendedahan tersebut telah mengukuhkan lagi persepsi bahawa kerajaan yang di pimpin oleh UMNO secara sistematik membohong dan menipu rakyat setiap tahun hanya untuk memperkayakan imam2 perang UMMO dan Napoleon2 kecil.
Pengundi2 simpanan tetap- penjawat awam, guru, bekas tentera dan polis serta petani yang akan mendapat faedah dari bajet 2012, menikmati itu semua diatas penghukuman yang di kenakan keatas sektor swasta dan akan memudaratkan aliran tunai masa depan negara ini. Semua mereka ini yang akan menerima imbuhan jawab lah sendiri sama ada bolehkah mereka mendapat durian runtuh itu semua, tanpa rompakan dan samun yang berleluasa yang tidak di bendung?
Dimana mereka dapat menunjukkan muka ketika mereka menadah tangan menerima imbuhan yang disebut dalam najet 2012? Bagaimana rupa wajah sang guru wanita  ketika dia mendapat gaji baru sambil menyatakan bahawa harap harap gaji bertambah tidak bermaka kerja pun bertambah?
Sektor swasta yang menyumbang  jumlah cukai untuk membiayai pembelian kerajaan sekarang akan berfikir dua kali sama ada mereka mahu tulus terus membayar cukai kepada kerjaan yang hanya pandai memutar belit, cuai, mencuri dan bercakap soal perkauman yang ekstrim.
Mat Salleh yang menjadi pakar runding pembentukan imej PM Najib akan mendapati tangan nya terlalu penuh. Bagaimana dia mahu menunjukkan bahawa Najib ok manakala sekeliling Najib kucar kacir? Pinjam tongkat sakti Hermione? (Hermione ialah watak budak perempuan yang bersama dengan Harry Potter). Memakai minyak pati SK-11?  Atau suntikkan botox keatas pentadbiran Najib?
Sejak awal lagi, rakyat di beritau dengan tegas bahawa kita akan menjadi sebuah negara kaya dunia pertama; sebutan yang menyukakan seperti transformasi, kerajaan yang mengambil berat dan perihatin, 1 Malaysia, dan sebutan2 rengkas Pemandu tumbuh seperti buih untuk menggambarkan aura kemajuan dan kejayaan. Tapi sebenarnya, di belakang tabir, mereka membohongi rakyat yang di janjipalsukan dengan masa depan yang bersyuragaloka di bawah pimpinan UMNO.
Dari proksi perniagaan dalam GLC GLC  kepada pemalsuan harga yang menjahanamkan, UMNO telah menipu dan mencuri dari rakyat negara ini dan melemahkan semua sektor2 ekonomi kita.
Suatu ketika dahlu, kita mempunyai system kawalan dalaman. Kita ada undang undang serta peraturan dan protocol. Semua ini di laksanakan tanpa rasa takut, berat sebelah atau berbau perkauman. Hari ini, terutama sejak rejim talam dua muka Mahathir, semua ini telah di anakkampangkan.
Sejajar sangat dengan tradisi lanun bugis dari Sulawesi, semua nya di halalkan asal sahaja status quo yang menyokong penyandang kerajaan di pelihara; dan mereka yang mempunyai kuasa dan kedudukan berada di atas undang undang dan peraturan. Undang undang dan peraturan hanya untuk rakyat bawahan dan orang biasa yang akan di momokkan dengan pelbagai cerita seram supaya memastikan yang berkuasa terus berada di tampuk kuasa.
Jika tidak, bagaimana kita menerangkan Dr Mahathir di kebalkan dengan selimut Teflon yang kalis peluru manakala professor Aziz Bari hanya perlu di takutkan dengan sebutir peluru? Walhal, cacian keatas raja Melayu yang di lakukan oleh Dr Mahathir dahulu lebih dasyat dari yang termampu di buat melalui teguran seorang tokoh akademik. Pecacai UMNO yang mengencing para raja Melayu hari ini tampil kehadapan konon menjuarai kemaksuman raja raja Melayu. Podah lah!
Sila beri kita jawapan bagaimana Piawai Ilahi boleh di peliharai apabila prinsip prinsip keadilan semua nya di korbankan untuk tujuan muslihat politik, kerakusan peribadi yang akhirnya mendedahkan hipokrasi dan permunafiqan bangsa Melayu untuk di perlihatkan kepada seluruh dunia. Dimanakan harga diri orang melayu? Malu orang Melayu menggelarkan diri mereka Melayu jika berpegang kepada hipokrasi UMNO ini.
Untuk apa semua hipokrasi ini?
Untuk mendapat bayaran progress pertama dari pembinaan hospital yang mengenakan caj RM 1 juta per katil? Atau untuk mendapat pandangan dari seoang jaguh longkang yang berani memukul seorang insan lain yang tidak boleh mempertahankan diri sehingga lebam seluruh anggota dan mengorbankan hak seorang manusia lemah mendapat perlindungan dari yang berkuasa dan gagah walaupun yang mengharapkan ehsan itu lain bangsa dan agama nya?
Sesungguhnya, bangsa Melayu kita sudah di beri makan dengan rerumput kebodohan oleh pimpinan zalim di negara kita.
Bayangkan-lapuran ketua odit negara utu hanya bahagian atas gunung salji sahaja. Ini yang termampu di kesan oleh pasukan odit negara dari maklumat yang ada dalam rekod dalam tempoh odit yang terhad ketika sentiasa dalam pemerhatian pegawai pegawai yang bermuka masam dan kemarahan.
Bagaimana pula hal hal yang mencurigakan yang hanya mampu di sahihkan dan di terangkan oleh kemahiran perakaunan dan rekod simpanan akaun yang belum sofistikated? Kita tidak boleh terangkan kecuali menyatakan, kita belum cukup ilmu untuk menerangkan nya.  Jika sektor swasta boleh mempunyai perkara perkara seperti pasaran bayangan, tidak mungkinkah sektor awam juga mempunyai perbelanjaan bayangan?
Bagaimana kah rakyat yang siuman akan mempercayai kerajaan ini walaupun sesaat.
Maka disini lah letak nya jawapan mengapa kita semua mesti bising apabila lapuran odit negara di kemukakan- sebab amanah rakyat sudah di cabul. Apabila amanah, keyakinan dan kepercayaan sudah di cabul, tidak ada harapan lagi untuk kita mengharapkan kerajaan ini akan melakukan yang baik dan ikhlas. Setiap waktu dan saat adalah satu lagi lembaran muka perlakuan jinayah yang akan hanya di report dalam lapuran odit tahun hadapan.
Sebab itu lah sebagai contoh, walaupun berada sendiri dalam majlis tersebut, MP dari Bagan Datuk tidak boleh membezakan antara harga pasaran dan harga yang di bayar kepada kontraktor kroni UMNO. Perbezaan ini YB, bukan nya RM 6 tapi  Enam Bilion Ringgit. Itu RM 6,000, 000,000. Enam Ribu Juta ringgit. Tentu YB fahamkan. Bayangkan berapa banyak paket angpow hijau atau merah yang boleh  terhitung oleh seribu jebat si anak tani yang membanting tulang dalam kerjaya masing2? Dan seorang bekas Komrad perjuangan rakyat menyifatkan inilah bajet yang terbaik kerana memuliakan para petani dan pesawah. Bersyukurlah kerana saudara komrad sudah terjumpa jalan pulang.
Adakah jumlah wang yang begitu besar akan mengalami nasib serupa seperti dalam projek2 kementeian pertahanan yang melibatkan antara nya, kapal selam yang tidak boleh tenggelam, kapal peronda yang terkinja kinja, tangki yang bocor, dan program latihan yang melibatkan alatan letrik di tempat yang tidak ada bekalan letrik yang hampir pula dengan ampangan yang dibina beratus juta Ringit yang tidak ada air! Hampir2 saya ingatkan yang jadi menteri Pertahanan ialah Samy Velu.
Pada masa yang sama, elok kita bertanyakan soalan, ketika lidah kita masih belum kelu, mengapa wang simpanan EPF rakyat di jadikan ah long dan ceti yang membiayai syarikat2 tenat?
Adakah dengan memberi pinjaman2 raksasa kepada syarikat syarikat tertentu, tanpa jaminan bayaran semula dan di luar penglihatan pemegang saham dana ini yang sebenarnya- iaitu lebai malang rakyat biasa- adakah kerajaan berkata bahawa mereka telah mejumpai zikir atau jampi yang akan menghindari pencarum2 EPF dari malapetakan kerugian yang mengerikan?
Kalau lah pinjaman itu semua gagal di bayar, adakah kerajaan akan mengambil langkah mencitak matawang  dari kilang percitakan matawang mereka di Shah Alam untuk menampung kekurangan dana caruman , atau sebagai langkah untuk menyokong gerakan hijau mengurangkan penebangan pokok untuk membuat kertas citak, kerajaan akan menggalakkan pencarum2 yang pencen supaya mati segera?
Atau adakah, dengan segala pembohongan ini, sebetulnya rakyat mampu menyimpulkan sikap sebenarnya kerajaan terhadap rakyat dengan satu sebutan? Iaitu:-
TiuuKauw

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...