Saya tidak percaya DS Rosmah membeli belah di David Jones. It’s a low class shopping mall for her


ASPAN ALIAS

“Anak saya tidak berada di Perth semasa persidangan CHOGM baru-baru ini dan anak saya tidak pernah membeli belah di sana” kata Najib lebih kurang seperti mana yang saya terbaca.

‘Apparently’ cerita ini di buat oleh sebuah akhbar berpengaruh di Western Australia dan Najib menafikannya melalui twitter beliau dan beliau berkata ini adalah fitnah yang sengaja di ada-adakan oleh akhbar tersebut.

Najib juga menafikan berita yang isteri kesayangan beliau Datin Seri Rosmah Mansor membeli intan berlian di Australia dan isteri beliau tidak pun pergi ke pusat membeli belah itu. Saya pun hendak juga tahu bagaimana akhbar tersebut tahu jumlah AUD60000 itu telah dibelanjakan oleh anak perempuan Najib.

Saya tidak tahu samada perkara ini benar atau pun tidak kerana saya tidak mengikuti perkembangan isu ini. Tetapi saya di minta untuk mengulas tentang isu yang di bawa oleh akhbar Western Australia ini.

Saya tidak berminat sebenarnya untuk mengulas kerana membeli belah secara besar-besar ini adalah satu persepsi yang sinonim dengan DS Rosmah ini dan saya tidak langsung mahu mengambil tahu tentang isu ini lagi. Kalau DS Rosmah dan anak perempuan beliau membeli belah sekali pun itu tidak menghairankan lagi bagi rakyat negara ini.

Saya tidak menjangka yang anak DS Rosmah boleh membelanjakan sejumlah wang yang begitu kecil di tempat yang dikatakan anak beliau membeli belah itu. Pusat membeli belah David Jones itu tidak lah sehebat pusat membeli belah di New York kerana tempat itu hanya lah pusat membeli belah yang biasa sahaja.

Kalau pun keluarga Najib hendak membeli belah mereka tidak akan membuat shopping di tempat itu. Pusat membeli belah itu tidak sampai ‘standard compliance’ bagi Rosmah atau anak beliau itu. Saya tidak percaya Rosmah atau anak beliau akan membelanjakan wang di sana kerana tempat itu tidak setaraf dengan kemampuan berbelanja untuk keluarga ini.

Tempat itu hanya untuk orang seperti kita membeli belah sahaja…tempat kita hendak membeli sepasang dua stokings, coli-coli dan seluar dalam dan panty wanita sahaja. Rosmah dan anak beliau tidak akan masuk kedalam pusat membeli belah yang tidak ada ‘standard’ itu. Saya yakin itu merupakan fitnah atau akhbar tersebut tidak tahu yang tempat membeli belah itu bukan setaraf dengan tempat-tempat DS Rosmah membeli belah.

Saya berpendapat untuk mempercayai Rosmah boleh pergi ke tempat shopping itu memang satu perkara yang mustahil. AUD 60,000 bukan jumlah untuk dikaitkan dengan DS Rosmah. Itu terlalu kecil bagi ahli keluarga ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...