Bahasa Inggeris wajib dipertingkatkan – tetapi PPSMI bukan penyelesaiannya


ASPAN ALIAS

Dr Mahathir berkata DS Najib boleh menyelesaikan isu PPSMI yang sedang dibahaskan oleh rakyat. Dr Mahathir merupakan orang yang bertanggungjawab melaksanakan PPSMI semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu.

Muhyidin telah mengambil keputusan dan meminta sokongan dari kabinet dan Parlimen untuk kembali kepada mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia. Apabila isu ini masih menjadi perbahasan kita tidak terlepas dari bertanya, kenapa sudah 54 tahun merdeka isu medium pengajaran dalam bahasa apa ini masih tidak terlerai.

Mahathir berkata Najib boleh menyekat implimentasi pengajaran dalam Bahasa Malaysia ini kerana beliau (Najib) adalah Perdana Menteri. Najib sendiri adalah seorang pemimpin yang sebenarnya masih mahukan pembelajaran sains dan matametik ini dalam Bahasa Inggeris.

Tetapi Najib tidak berapa berani untuk meminta Muhyiddin untuk membatalkan hasrat beliau (Muhyidin) untuk tidak meneruskan pembelajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Malaysia.

Ada berita yang sampai kepada saya yang Najib telah berpesan melalui seorang yang berpengaruh supaya meminta Muhyidin untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Ingeris, kerana Najib tidak berani untuk membuat teguran terhadap Muhyidin. Malahan Muhyidin semalam telah membuat kenyataan yang DS Najib telah bersetuju untuk perlaksanaan pembelajaran subjek sains dan matematik kembali menggunakan Bahasa Malaysia.

Hakikatnya Najib dan Muhyidin sangat berbeza dalam isu PPSMI ini tetapi Muhyiddin telah mengambil sikap bertegas untuk kembali kepada pengajaran dalam Bahasa Malaysia ini kerana sentimen ini menguatkan beliau di kalangan ahli-ahli UMNO. Muhyidin mengambil sikap kemelayuan yang kuat dalam isu ini. Muhyiddin telah memberitahu media yang tindakan PAGE untuk mendesak Muhyidin menimbangkan saranan mereka untuk meneruskan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris lagi tidak akan di layan.

Muhyidin mendapat markah tambahan di kalangan ahli-ahli UMNO tetapi Muhyiddin lupa yang UMNO itu sendiri sudah kehilangan markah yang banyak dalam menghadapi isu ini. Popular di kalangan ahli UMNO tidak semestinya popular dari pandangan orang ramai dan rakyat jelata. UMNO itu sendiri sedang menghadapi masalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Saya tidak lagi berkeupayaan untuk menentukan sikap dalam isu ini kerana isu ini terlalu komplikated dan amat payah untuk memberikan pandangan secara konklusif. Tetapi yang jelas Muhyidin tidak berkeyakinan dengan apa yang telah di dasarkan oleh Dr Mahathir dahulu untuk memperkuatkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan pembelajaran matemetik dan sains dalam bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris itu adalah bahasa antarabangsa.

Saya secara peribadi tidak begitu berkeyakinan yang PPSMI akan membina kekuatan pelajar-pelajar dalam berbahasa Inggeris kerana matematik dan sains itu merupakan subjek yang kuantitatif yang tidak boleh membantu murid-murid atau pelajar kita untuk memperkuatkan penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris.

Saya berpendapat kalau benar kerajaan ingin melihat Bahasa Inggeris di kuasai oleh pelajar-pelajar kita kerajaan patut menjadikan English 111 dalam peringkat SPM di wajibkan kerana subjek English 111 itu akan memaksa pelajar mengambil subjek English Literature sekali gus akan memperkuatkan penguasaan Bahasa Inggeris dengan lebih jelas di kalangan lepasan sekolah menengah negara kita.

Bahasa ini akan hanya menjadi kuat jika kita belajar dan mempraktikannya secara praktikal (bertutur dan menulis) dan mengajar dalam Bahasa Inggeris dalam subjek matematik itu tidak mencukupi untuk seorang pelajar itu menguasai bahasa itu.

Sesuatu bahasa itu termasuk Bahasa Inggeris akan hanya boleh di majukan jika kerajaan memberikan penekanan kepada satu subjek ini iaitu subjek English 111 ini kerana ianya akan memberikan penekanan terhadap nahu dan ‘pronounciation’ sekali dan benar-benar Bahasa Inggeris yang betul.

Kita sepatutnya mengambil jalan yang tengah dengan memberikan pembelajaran dalam Bahasa Malaysia untuk kemajuan bahasa kebangsaan kita dan menekankan murid-murid untuk belajar Bahasa Inggeris secara khususnya dan lengkap melalui English 111 itu.

Memberikan peluang untuk murid-murid mengambil subjek English Literature di peringkat tingkatan 5 akan menjadikan murid itu memahami Bahasa Inggeris dan sekali gus melengkapkan mereka dengan Bahasa Inggeris yang betul dan bukan setakat bercakap inggeris semata-mata tetapi berbahasa inggeris yang sebenarnya.

Setidak-tidaknya dijadikan subjek English 111 itu di peringkat tingkatan 5 sebagai option yang digalakan kepada mereka yang serius untuk menguasai bahasa antarabangsa itu. Penekanan bukan sahaja setakat memperkuatkan Bahasa Inggeris tetapi juga bahasa-bahasa ilmu yang lain seperti bahasa jepun, mandarin dan yang lain-lain.

Saya bersetuju supaya medium persekolahan dinegara kita ini di dalam bahasa kebangsaan. Dalam ‘obsession’ kita untuk menguasai bahasa lain kita tidak boleh membiarkan bahasa kita sendiri tidak terbina. Bahasa jepun menjadi bahasa antarabangsa kerana sikap patriotik orang jepun untuk memperkayakan bahasa mereka.

Bahasa mereka maju bukan dicapai dalam sekelip mata. Bahasa mereka maju kerana perjuangan bangsanya memperkayakan bahasa mereka sejak ratusan tahun dahulu. Maka kita juga berkewajipan untuk membina bahasa kebangsaan kita terus menerus sehingga bila-bila; dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

Dalam isu PPSMI ini saya membuat ‘conclusion’, yang bahasa Inggeris tidak akan berjaya diperkayakan jika diteruskan pengajarannya dalam dua subjek ini malahan ia akan membantutkan usaha untuk membina bahasa kebangsaan kita. ‘It will be neither or there’.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...