Belanja RM10 bilion tapi rakyat tidak dapat faedah


Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui Monsoon Cup satu pembaziran tetapi diteruskan untuk memperkenalkan negeri di mata dunia

(Free Malaysia Today) – PAS Terengganu mendakwa kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM10 bilion royalti minyak tetapi tidak emmberi manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan negeri membelanjakan wang itu tetapi sesetengah projek masih tidak siap kerana penyelwengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno,” dakwa pemangku Ketua Penerangan PAS negeri, Azman Shapawi Abdul Rani.

Menurutnya, antara pembaziran itu ialah projek Monsoon Cup – pertandingan kapal layar di muara sungai Terengganu yang diadakan setiap  tahun.

Beliau berkata, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui Monsoon Cup satu pembaziran tetapi diteruskan untuk memperkenalkan negeri di mata dunia.

Bina mahligai

Tetapi, tambah Azman setelah lebih lima tahun tidak banyak manfaat yang diperolehi oleh rakyat Terengganu.

“Kononnya penganjuran Monsoon Cup untuk memberi peluang pekerjaan dan faedah kepada nelayan Pulau Duyong tidak berjaya kerana mereka masih ditakuk lama,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...