BN tepis dakwaan Azmin, tinggalkan RM1.4 bilion untuk Pakatan


Ketua Penerangan BN Negeri yang juga Adun Kuang Syukur Idrus berkata, `kalau tidak salah ingatan saya Dr Khir memberitahu wang tunai waktu itu ialah RM1. 4 bilion.

(Free Malaysia Today) – BN Selangor menafikan mereka meninggalkan  hutang ratusan juta ringgit kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

Menteri Besar waktu itu ialah Dr Mohd Khir Toyo yang memegang jawatan nombor satu negeri termaju itu sejak  tahun 2000. Beliau merupakan  Adun Sungai Panjang

Ketua Penerangan BN Negeri yang juga Adun Kuang Syukur Idrus berkata, `dalam pengetahuan saya wang tunai RM1. 4 bilion ditinggalkan oleh bekas  Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo.

Manakala wang dalam akaun syarikat milik kerajaan negeri juga dalam berbilion ringgit.

Syukur terkejut dengan dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat Azmin Ali yang mengatakan BN meninggalkan 40 jenis hutang bernilai RM829. 9 juta pada 2008.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata, bagaimanapun kerajaan negeri sekarang berjaya membayar hutang tertunggak sebanyak RM253.16 juta termasuk anuiti semasa RM79.7 juta.

Syukur berkata, wang berbilion ringgit yang ditinggalkan BN telah habis dibelanjakan oleh Pakatan Rakyat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...