SAMM sedia lancar perhimpunan Bersih ketiga


“Tarikhnya sudah dipilih dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

(Free Malaysia Today) – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membayangkan perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan kerana mendakwa kerajaan tidak membuat apa-apa bagi menambak baik perjalanan pilihan raya.

Bersih 3.0 bertujuan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri sama ada melakukan perubahan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan protes rakyat terbesar.

Bersih 3.0 akan turut memantau perjalanan PSC supaya ia tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharim berkata, “Bersih 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang.”

“Setakat ini, kerajaan melalui agensi SPR dilihat masih tidak membuat apa-apa pendekatan awal untuk baik-pulih sistem pilihanraya terutamanya dalam aspek tuntutan yang tidak memerlukan perubahan akta seperti penggunaan dakwat kekal.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...