Rafizi: NFC akhirnya mengaku…


Wanita PKR pula akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara pada Rabu depan.

(Free Malaysia Today) – Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berkata pihaknya bersedia menghadapi tindakan saman daripada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) berhubung skandal projek lembu di Gemas dan pembelian kondominium One Menerung di Bangsar.

Malah beliau menerimanya dengan terbuka memandangkan dakwaan yang dibuat PKR selama ini tidak dinafikan Pengerusi Eksekutif NFC,  Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

“Tiga pengakuan Mohamad Salleh mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri mempunyai unsur-unsur penyelewengan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Pengakuan itu adalah NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan, serta perjanjian RM250 juta “tidak menyatakan jadual pembayaran balik”.

“Ini mengesahkan pendedahan PKR sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa,” katanya.

Beliau turut kesal dengan kenyataan Mohamad Salleh yang bukan sahaja mengesahkan pendedahan PKR tentang pembelian kondominium mewah yang bukannya RM9.8 juta, tetapi RM13.8 juta.

Katanya, ketiga-tiga pengakuan NFC mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat.

Surat debat kepada Khairy

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan di peringkat kabinet semasa penganugerahan projek kepada NFC dan penglibatan Shahrizat dalam proses membuat keputusan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...