Syed Husin orang yang kecewa, kata Ezam


Bekas ketua AMK turut mendakwa bahawa Syed Husin tidak mahu melihat Azmin Ali sebagai orang nombor dua parti.

(Free Malaysia Today) – Dalam serangan balas yang pantas, Senator Ezam Mohd Noor menuduh bekas rakan baiknya, Senator Dr Syed Husin Ali sebagai seorang yang kecewa kerana disisihkan walaupun orang nombor dua PKR.

Bekas ketua AMK juga mendakwa Dr Syed Husin pernah memberitahunya bahawa beliau tidak rela Azmin Ali menguasai parti.

“Beliau pernah sebut tidak rela seorang seperti Azmin ganti beliau dan minta saya tunggu lawan. Sebab itulah kenyataan saya pada Dr Syed Husin 13 Mei untuk keluar itu saya tegaskan ianya bukan kerana Azmin tetapi kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

“Saya banyak juga habiskan masa bersamanya minum teh bersama di kedai India di Petaling Jaya itu.

“Dan melayan kekecewaannya disisih oleh Anwar dan Azmin walaupun dia timbalan presiden ketika itu.

“Sebagai seorang pejuang fahaman kiri beliau sering menyatakan kekecewaan dengan cara hidup Anwar dan Azmin yang mewah,” kata Ezam melalui SMS.

Dr Syed Husin tidak bertanding mempertahankan jawatan timblan presiden PKR yang kemudiannya di menangi Azmin, ahli parlimen Gombak setelah mengalahkan Mustaffa Kamil Ayub.

Seorang lagi calon, Datuk Zaid Ibrahim menraik diri sebelum pertandingan dijalankan yang kemudiannya meninggalkan PKR.’

Memoir perjuangan politik

Bekas orang kuat Anwar itu berkata demikian ketika mengulas tulisan Dr Syed Husin dalam bukunya yang mengatakan Ezam keluar PKR kerana masalah kewangan yang dihadapinya.

Dalam bukunya, Memoir Perjuangan Politik – Syed Husin Ali menulis Ezam berpaling terhadap PKR kerana kesempitan wang dan terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.

Ezam ketika mengulas lanjut menambah bahawa Syed Husin menggunakan faktor kekayaan Azmin sebagai faktor memujuknya  agar tidak keluar PKR.

Beliau juga mendakwa Dr Syed Husin telah memutar belitkan konteks  perbualannya dengan bekas timbalan presiden PKR itu.
“Saya hairan mengapa Syed Husin sanggup putarbelit konteks sebenar.

“Apakah Syed Husin seorang pejuang sudah berubah menjadi (seperti) Anwar seorang haiwan politik seperti yang dipercayai oleh isteri Dr Syed yang dikongsi olehnya kepada saya pada masa itu juga.

“Dan Dr Syed sendiri mengaku isterinya ada  “6th sense” untuk kenal orang dan tidak selesa Dr Syed bersama Anwar.
“Mungkin tulisan Dr Syed ini bukti telahan isterinya betul. Dr Syed sudah berubah kerana bersama Anwar,” kata Ezam lagi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...