Dr Mahathir: Umno Belum Giat Berusaha


A Kadir Jasin

PERHIMPUNAN Agung Umno akan diadakan penghujung bulan ini dan Pilihan Raya Umum mungkin menyusul tidak lama selepas itu.

Tetapi, orang kedua paling berpengaruh dalam politik Malaysia – mengikut kaji selidik terbaru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata – sehingga kini UMNO masih belum lagi giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat, terutamanya orang Melayu.

Bukan alang kepalang punya kata. Bukan cakap di kedai kopi atau dalam blog sendiri, tetapi kepada akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia.

Dalam temu ramah panjang lebar dengan akhbar itu, Dr Mahathir, antara lain berkata:

1. Undi bukan Melayu, khasnya undi Cina, hanyalah undi tambahan. Undi Melayu perlu diperoleh dengan cukup banyak kalau tidak Umno/Barisan Nasional tidak boleh menang;

2. Beliau tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya, hampir waktu pilihan raya banyak aktiviti diadakan bagi memberi kefahaman mengenai perjuangan Umno. Inilah gambaran yang beliau peroleh;

3. Dahulu Umno kuat. Tidak ada orang yang meninggalkan parti, tetapi sekarang Umno perlu memenangi semula hati mereka yang telah meninggalkan parti;

4. BN/Umno menang PRU lalu dengan kelebihan suara yang kecil. Jadi, kalau ada ahli yang keluar, walaupun 200 atau 300, itu sudah cukup besar. Kalau 100 orang lari, Umno kena cari balik 200 orang. Kalau tidak mendapat dua kali ganda lebih ramai daripada yang telah meninggalkan UMNO, agak susah bagi parti itu untuk dapat kemenangan;

5. Ramai orang Melayu beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana kecewa dengan Umno. Dulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini, mereka tidak nampak Umno memperjuangkan nasib orang Melayu. NGO tidak boleh buat apa-apa, tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan ahli mereka tidak mengundi UMNO/BN, maka kesan kehadiran mereka kepada politik negara adalah besar;

6. Pemimpin Unmo kena tahu mengapa ramai orang Melayu beralih kepada NGO. Ada NGO Melayu, contohnya Perkasa, yang hendak sokong UMNO, tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO, maka Perkasa terpaksa diambil alih;

7. UMNO harus ambil tahu dan tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Umno tidak boleh mempunyai banyak musuh dalam keadaan sekarang. Orang yang hendak menjadi musuh Umno pun patut pertahankan dan ambil tahu apa masalahnya;

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...