Wawancara Utusan dengan Dr Mahathir : siapa yang hendak mengaku berak di tepi jalan


ASPAN ALIAS

Semalam hari minggu. Pagi-pagi lagi saya mendapat panggilan talipon dan beberapa sms dari rakan-rakan dari jauh dan dekat bertanyakan saya samada saya membaca wawancara Utusan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. “Bro dah baca ke interview Dr Mahathir dalam Utusan?” Saya jawab “Saya tak langgan Utusan sudah 10 tahun, nanti saya baca Utusan on line lah!”

Saya terus sahaja membaca setiap ulasan Dr M dalam Utusan itu dan saya tidak berapa hairan kerana saya sendiri telah menyebut segala-gala yang di sebut oleh Dr Mahathir dalam wawancara beliau itu. Bezanya Dr Mahathir seorang tokoh besar sedangkan saya hanya seorang biasa yang melata di tepian politik negara.

Pada keseluruhannya Dr Mahathir bersetuju dengan pandangan ramai yang UMNO dan pemerhatian yang UMNO sekarang adalah parti yang lemah dan tidak pandai untuk menjadi parti pemerintah. Pendeknya UMNO sudah tidak serupa UMNO lagi.

UMNO berpecah di setiap peringkat dari cawangan ke pusat dan tidak berkepimpinan. UMNO tidak lagi berdaya menjawab persoalan yang di timbulkan oleh orang ramai melalui parti-parti politik pembangkang serta NGO dan ini amat menyulitkan UMNO untuk terus relevan sebagai parti yang memerintah negara.

Saya tidak akan menulis secara detail apa yang di sebutkan oleh Dr Mahathir di dalam wawancara beliau itu tetapi cukup kalau saya rumuskan sahaja secara pendek dan ‘concise’ tentang apa yang beliau rungutkan terhadap UMNO itu.

Dr Mahathir tidak berselindung untuk mengatakan yang UMNO pada hari ini sangat lemah dan tidak berkemampuan untuk memulihkan imejnya yang jatuh teruk selepas pilihanraya umum yang lalu. Bekas Perdana Menteri itu berkata yang UMNO tidak mampu untuk menolak anggapan dan persepsi yang parti itu adalah parti yang sarat dengan rasuah samada di peringkat parti dan kerajaan.

Stigma rasuah yang melekat kepada UMNO itu tidak dapat di buangkan oleh pemimpin serta ahli-ahli parti. UMNO tidak mampu untuk menjawab tuduhan dari banyak pihak, parti politik atau pun NGO yang parti itu adalah parti yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa.

Dengan jelas Dr Mahathir membayangkan yang Najib tidak berusaha dengan secukupnya kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja lain dan segala kelemahan yang ada kepada UMNO yang di benci rakyat belum lagi nampak usaha yang berkesan telah di lakukan oleh Najib.

UMNO, katanya akan menghadapi masalah besar di dalam pilihanraya yang akan datang dan jika UMNO serta BN menang tipis ia akan menjadi satu kerajaan yang lemah dan tidak efektif. Perpecahan di setiap level parti kita begitu jelas kerana semuanya berebut-rebut untuk menjadi calon dan dengan keadaan in jelas membayangkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO hanya lebih mementingkan kepentingan peribadi masing-masing.

Walau bagaimana pun elok saudara membaca dengan teliti apa yang di ungkapkan oleh Dr Mahathir dan pada pendapat saya apa yang di nyatakan oleh Dr M itu semuanya benar. Mahathir telah menyalahkan semua orang terutamanya mengumpulkan semua kesalahan kepada Abdullah Badawi dan menantunya Khairy Jamaludin kerana kelemahan UMNO itu.

Tetapi apa yang Mahathir terlupa untuk menyebut ialah Abdullah Badawi itu adalah lantikan beliau dan beliaulah yang memnyebabkan Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri yang beliau anggap sebagai lemah itu.

Dr Mahathir telah berjaya menaik dan menurunkan sesiapa dalam negara ini. Itu kehebatan Dr Mahathir. Tetapi ramai termasuk diri saya hairan kenapa beliau tidak berhenti-henti menyalahkan Pak Lah sedang orang yang beliau persalahkan itu adalah pilihan beliau dan beliau tidak mampu atau pun mahu untuk menyekat Pak Lah untuk naik ke taraf Perdana Menteri.

Jika si jembel seperti saya dari awal lagi menelah dan menjangka yang Pak Lah akan membawa negara tidur nyenyak kenapa Dr Mahathir masih mahukan Abdullah Badawi untuk mengambil alih tempat beliau.

Sebenarnya Dr Mahathirlah penyebabnya kenapa UMNO pada akhir pemerintahannya sudah tidak ada pemimpin lagi. Dr Mahathir telah mengenepikan nama-nama besar di dalam UMNO secara sistematik untuk beliau tegak seorang di dalam parti. Mahathir takut di bayangi oleh pemimpin-pemimpin yang sezaman dengannya dan beliau telah melakukan segala-galanya untuk kekal berkuasa.

Apa yang Mahathir terlupa untuk menyatakan dengan jelas dan berani ialah di mana-mana negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin begitu lama akan akhirnya membawa durjana kepada negara itu. Yugoslavia telah berpecah kepada lima apabila Presiden Tito mati setelah memerintah selama 3 dekad. Begitu juga yang berlaku di Romania dan banyak lagi. Ruthopia telah kering kontang politiknya apabia Helle Salasie mati.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...