UMNO hendak berbaik-baik dengan semua orang? – baguslah begitu kalau dah sedar


ASPAN ALIAS

Beberapa pemimpin UMNO berkata yang parti itu mesti berbaik-baik dengan semua pihak tanpa mengira siapa untuk mendapatkan undi dalam pilihanraya yang akan datang. Beberapa orang pemimpin peringkat majlis tertinggi parti berkata UMNO tidak boleh mengasingkan mana-mana pihak. Yang penting parti itu mendapat undi dan menang pilihanraya. Itulah di antara kata-kata pemimpin seperti Abd Rahman Dahalan, Bung Mokhtar, serta Idris Haron dan beberapa orang yang lain.

Semua yang memberikan komen ini menyatakan perkara yang satu, iaitu untuk mendapat undi. UMNO itu wujud seolah-olah hanya untuk mendapat undi maka itu sebabnya pemimpin-pemimpinnya harus berbaik-baik dengan semua orang tanpa mengira kaum, agama, adat resam dan budaya.

Betullah pandangan mereka ini. Tetapi UMNO tidak gemar pula apabila PAS berbaik-baik dengan DAP atau PKR. Nampaknya yang boleh berbaik-baik dengan semua orang hanyalah UMNO kerana UMNO sahaja yang patut mendapat undi. Kalau PAS berbaik-baik dengan DAP itu salah. Kalau UMNO berbaik dengan MCA itu salah dan meninggalkan perjuangan untuk Melayu dan Islam.

Dalam negara kita demokrasi ini agak pelik kerana masing-masing parti bercakap berbeza dengan siapa pemimpin mereka bercakap. MCA dan pemimpin utamanya Chua Soi Lek bercakap seolah-olah kita semua ini adalah rakyat yang bodoh dan belum lagi mengenali apa itu sekolah.

CSL memberi amaran yang rakyat jangan menyokong DAP kerana DAP tidak menyokong hukum hudud. Tetapi setakat yang semua tahu MCA lah yang menempelak PAS dengan kuat kerana PAS pernah membuat penekanan terhadap pelaksanaan hukum hudud. Tetapi CSL semalam berkata dengan jelas di genting highlands yang semua kemudahan perjudian akan di hapuskan jika PR mendapat tempat dan mandat dari rakyat dalam pilihanraya yang lalu.

Inilah caranya MCA selama ini berkempen tetapi sekarang taktik dan cara itu sudah tidak dipakai lagi kerana rakyat sedar yang masing-masing parti atau individu rakyat mesti menghormati di antara kaum dalam negara ini.

Rakyat tidak lagi termakan hasutan pemimpin-pemimpin yang terdesak seperti MCA itu. Lagi kita nampakan ‘desperation’ kita lagi jauh rakyat meninggalkan kita. MCA memang sedang dalam keadaan terdesak. Parti atau pihak yang terdesak selalunya akan melakukan perkara-perkara yang pelik-pelik.

Itulah sebabnya ramai pemimpin-pemimpin dunia bertukar menjadi diktator apabila merasakan yang mereka tidak mampu untuk bertahan di dalam sistem demokrasi negara mereka. Seseorang yang mengambil demokrasi sebagai wadah perjuangan dan pentadbirannya mereka selalunya mengambil penampilan populis. Tetapi penampilan populis ini ada had kepada sokongan rakyat terhadap mereka.

Ramai di antara pemimpin yang mempunyai semangat demokrasi yang tinggi selalunya akan meninggalkan jawatan mereka sebelum mereka menghadapi tekanan ini. Tetapi bagi mereka yang masih bernafsu untuk berkuasa mereka terpaksa melakukan legislation yang ketat terhadap rakyat dan secara beransur-ansur mereka menjadi diktator.

Dalam proses penerusan pentadbiran diktator atau demokrasi yang ala diktator itu berbagai-bagai cara dilakukan untuk menekan dan memaksa rakyat memberikan sokongan kepada mereka.

Di negara kita kerajaan dipilih melalui proses pilihanraya walaupun perlaksanaan demokrasi itu tidak berada di atas ‘level playing field’ dan hanya memberi ‘advantage’ kepada pihak yang memerintah.

Saluran TV perdana digunakan oleh pihak yang memerintah untuk mengutuk dan menekan pembangkang dan pihak pembangkang tidak diberikan masa yang secukupnya untuk menyampaikan message kepada rakyat. Pembangkang terpaksa berhempas pulas untuk mendekati rakyat dan ini merupakan satu pelacuran terhadap semangat demokrasi yang sebenar.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...