Isu Royalty minyak : Muhyiddin cuba memulas tangan rakyat Kelantan


ASPAN ALIAS

TS Muhyiddin Yassin berkata isu royalty minyak akan mudah di selesaikan jika PAS dan UMNO berada dalam satu pasukan. Moral politiknya ialah Muhyiddin sedang cuba mengumpan PAS untuk bersama UMNO dan bersatu bagi penyelesaian isu royalty minyak yang sedang di tuntut oleh kerajaan negeri Kelantan. Dengan ungkapan Muhyiddin ini ianya menjelaskan satu dua perkara kepada kita.

Pertamanya UMNO dan kerajaan persekutuan mengakui yang kerajaan negeri Kelantan ada hak ke atas royalty minyak seperti yang termaktub di dalam perjanjian yang ditanda tangani di antara pertronas dan rakyat negeri Kelantan pada bulan mei 1975 dahulu.

Keduanya sekarang kerajaan persekutuan mengakui yang hak itu boleh di perolehi jika PAS bersatu dengan UMNO dan isu itu diselesaikan setelah PAS bersama UMNO. Masalahnya perjanjian dalam perjanjian pada 27 hb Mei 1975 itu adalah di antara kerajaan dan rakyat Kelantan yang diwakili oleh Menteri Besar PAS semasa itu iaitu Dato Mohamad Nasir.

Saya telah menulis secara detail dalam posting saya dua tahun yang lepas dan saudara masih boleh membacanya jika saudara mengambil sedikit usaha untuk mencarinya di dalam archive blog ini. Jika kita kaji dalam, kita akan mendapat pelajaran perbezaan pemimpin dahulu dan sekarang. Muhyiddin nampaknya hendak menggunakan royalty minyak untuk mendapatkan sokongan PAS untuk membantu UMNO dalam parti itu (UMNO) sedang terdesak yang amat sangat.

Muhyiddin seorang Timbalan Perdana Menteri tidak faham atau saja-saja tidak mahu faham yang perjanjian itu adalah di antara petronas dan rakyat Kelantan, bukannya di antara UMNO dengan PAS. Semasa perjanjian itu ditanda tangani kerajaan Kelantan semasa itu adalah kerajaan pimpinan PAS yang di ketuai oleh Dato Mohamad bin Nasir sebagai MBnya.

Minyak yang di keluarkan di persisiran pantai Kelantan itu adalah kepunyaan rakyat Kelantan, tidak kira mereka ahli PAS, UMNO, MCA atau parti mana-mana sekali pun. Jelas dalam perjanjian itu yang Kelantan berhak menerima 5 peratus dari harga FOB minyak tersebut dan di bayar secara tunai dua kali setahun.; iaitu pada bulan Mac dan bulan September setiap tahun. Ini sudah ditanda tangani.

Kenyataan Muhyiddin itu membayangkan yang beliau tidak menghormati semangat persekutuan seperti yang termaktub di dalam perjanjian persekutuan pada tahun 1948 dahulu.

Walaupun Muhyiddin seorang Timbalan Perdana Menteri elok kita ingatkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu itu wujud hanya pada tahun 1948 setelah negeri-negeri yang berdaulat termasuk Kelantan bersatu dengan negeri-negeri lain dalam satu persekutuan yang di namakan Persekutuan Tanah Melayu dan selepas itu menjadi Persekutan Malaysia setelah Sabah dan Sarawak menjadi ahli-ahli baru kepada persekutuan itu.

Setiap negeri yang ada di dalam persekutuan ini adalah negeri-negeri yang berdaulat dan mempunyai Lagislatifnya sendiri. Kedaulatan negara Persekutuan Malaysia itu datangnya dari kedaulatan negeri-negeri yang berada di dalam persekutuan itu.

Di Putrajaya itu bukannya kerajaan pusat seperti negara-negara unitary, sebaliknya di Putrajaya itu adalah kerajaan Persekutuan. Takkanlah perkara yang begitu asas ini pun tidak di fahami oleh seorang Timbalan Perdana Menteri yang sedang berusaha hendak menjadi PM dalam masa yang singkat ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...