Menyokong UMNO : ibarat menanam pohon yang condong


ASPAN ALIAS

Perdana Menteri tetap seorang Melayu, walau parti mana pun yang memerintah dan di beri mandat oleh rakyat. DAP telah menyatakan dengan terang dan jelas yang orang bangsa lain dari Melayu tidak pernah berbincang untuk mengambil alih orang Melayu untuk menjadi PM.

Cerita momokan dari UMNO sahaja yang gila-gila menggunakan isu yang jika PR memerintah dan jika PR di domonasi oleh DAP maka ditakuti jawatan PM itu akan menjadi milik orang cina DAP. Momokan ini telah menjadi kempen orang-orang UMNO sekarang ini di bawah-bawah dengan tujuan menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong DAP.

MCA pun telah membuat kenyataan yang MCA tidak pernah terniat untuk meletakan wakilnya di Parlimen untuk menjadi PM negara ini. Kedua-dua MCA yang seratus peratus dari orang cina dan DAP sebuah parti berbilang kaum yang kini masih di dominasi oleh kaum cina telah menyatakan dengan jelas dan terang yang apa yang di cadangkan oleh setengah pihak supaya perlembagaan kita dipinda untuk memberi kepastian yang jawatan PM itu di pegang oleh orang Melayu itu di berikan kepastian mengikut perlembagaan.

Saya telah menulis tentang hal ini, tetapi tidak pernah mendapat ulasan yang baik selain dari membabikan dan menyumpah seranah saya dan sesiapa juga yang menulis tentang isu ini. Apa yang diperlukan oleh orang cina ialah untuk mempunyai sebuah kerajaan yang ‘descent’ dan kerajaan yang mengikut ‘rule of law’ serta tidak rasuah dan rasis serta melakukan penyalahan gunaan kuasa seperti yang dilakukan oleh BN terutamanya UMNO dan MCA.

Itulah sebabnya kita nampak jelas yang orang cina sudah mengambil keputusan untuk menarik balik sokongan terhadap MCA dan memberikan keyakinan kepada DAP sekarang ini.Oleh kerana kefahaman tentang isu ini sudah mulai ada di kalangan orang Melayu, maka sudah wujud kecenderungan orang Melayu memberikan sokongan terhadap DAP sebagai jalan keluar untuk memberitahu pimpinan UMNO yang UMNO sudah terlalu jauh tersasar dari perjuangan kebangsaannya.

Orang Melayu sudah hilang kesabaran melihatkan partinya UMNO itu telah menggunakan kesempatan di atas sokongan secara otomatik selama ini untuk menyalah gunaan wang rakyat dan telah membantutkan perjuangan parti itu sebagai parti untuk semua rakyat tanpa mengira kaum.

Akhir-akhir ini UMNO sudah jelas menunjukan yang parti itu sudah hilang ‘magnanimitynya’ kerana dalam keadaan terdesak penyokong-penyokongnya beserta dengan pemimpinnya telah meniupkan sentimen perkauman untuk mengekalkan sokongan orang Melayu. UMNO telah memainkan sentimen perkauman ini dengan menakut-nakutkan orang Melayu bahawa jika UMNO hilang kuasa, ianya bermakna orang Melayu akan tidak mempunyai harga diri dalam negaranya sendiri lagi.

Masih ada yang termakan dengan isu yang dimainkan oleh UMNO itu tetapi ianya terdiri dari penyokong-penyokong membuta tuli yang tidak berfikir secara serius dalam usaha membenteras kemungkaran politik dan ekonmi negara yang telah di lakukan oleh UMNO sejak 3 dekad yang lalu.

Orang UMNO di mana-mana berfikir yang sokongan mereka terhadap UMNO itu ibarat menanam pokok yang condong; pohonnya tumbuh di halaman sendiri tetapi buahnya jatuh di laman orang. Yang untung hanyalah kroni-kroni yang mengambil kesempatan di atas hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin yang didukong orang Melayu itu.

Orang Melayu telah memberikan sokongan secara total selama ini tetapi apabila rakyat sudah mulai celek mereka tetah membuat keputusan untuk berjuang bersama dengan secara aktif melakukan pembaharuan minda dan telah mula menolak UMNO secara beransur-ansur sejak tiga pilihan raya yang lalu (tidak termasuk pru 2004) dan mula memberikan tumpuan kepada parti-parti alternatif.

Apabila UMNO sudah mula terhakis sokongan orang Melayu maka secara direct ianya telah menjejaskan sokongan orang cina terhadap MCA yang juga mempunyai kelemahan yang sama seperti UMNO; iaitu menyalah gunakan kuasa sewenang-wenangnya. Kalau tidak takkanlah isu rasuah yang melibatkan RM12 billion PKFZ telah melibatkan Menteri-Menteri MCA dengan sokongan pemimpin-pemimpin UMNO di Selangor.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...