TS Muhyiddin! kalau panik pun janganlah tunjukan sangat – malu kat orang
ASPAN ALIAS
Muhyiddin Yassin semasa meresmikan perhimpunan 3 sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Putri semalam menggunakan isu sensitif yang tidak masuk akal semata-mata kerana desperate mendapat sokongan orang Melayu yang tidak mungkin mahu bersatu lagi di bawah payung UMNO.
Ramai yang menghubungi saya bertanyakan kenapa Timbalan Presiden UMNO itu menunjukkan sangat rasa desperado beliau dengan membidas parti-parti lawan dan individu yang tidak sealiran dengan UMNO dengan tuduhan yang bukan-bukan.
Orang ramai tahu yang UMNO sedang desperate tetapi sebagai pemimpin besar kepada parti yang buat sementara ini masih memerintah, elok jangan tunjukan rasa tertekan itu terang-terangan. Jika rakyat nampak serta membuat penilaian terhadap roh ucapan Muhyiddin itu ia tidak lari dari rasa desperate untuk terus berkuasa dan boleh di kira sebagai ucapan yang tidak setimpal dengan jawatan besar yang beliau pegang itu.
Apa yang di katakan oleh Muhyiddin itu boleh di baca dengan tepat. Kita boleh ‘menyelam air dalam tunggak’ tentang apa sebenarnya dirasakan oleh Timbalan Presiden UMNO itu. Agaknya sudah puas memendam rasa desperate itu, maka ianya terluah semasa ucapan perasmian pergerakan wanita, pemuda dan putri semalam.
Isu yang paling besar ialah tuduhan beliau terhadap DAP yang beliau katakan tidak menghormati institusi raja-raja. Bila pula DAP menolak dan tidak menghormati institusi raja. Yang kita semua tahu UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. DAP mengakui kedaulatan raja-raja kerana mereka tahu mereka perlu perlindungan raja-raja Melayu untuk keselamatan mereka.
Raja-Raja di hina oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang Muhyiddin menjadi ahli dan sekarang menjadi Timbalan Presidennya. Akhirnya di pinda perlembagaan untuk menyekat kuasa Raja-Raja dalam banyak hal secara biadap dan tidak bertemaddun. Saya ulangi, DYMM Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Jaafar di fitnah kononnya telah menyewakan tanah baginda di Port Dickson untuk memelihara khinzir.
Kalau dahulu orang Melayu ibarat duduk di dalam peti besi yang mempunyai 9 kunci untuk mempertahankan bangsa kita itu tetapi semua sembilan kunci itu di buang dan orang Melayu terdedah dengan segala ancaman. Ini semua perbuatan pemimpin besar UMNO yang saya sudah malas untuk menyebut nama mereka. DAP tidak pernah menghina raja-raja Melayu. UMNO lah parti yang terbukti menghina raja-raja Melayu dan institusi raja itu.
Orang seperti saya masih hidup untuk melihat dan menjadi saksi terhadap segala kecelakaan yang di cipta UMNO yang baru ini. PAS tidak pernah menghina raja-raja Melayu seperti yang di lakukan oleh UMNO. Muhyiddin sepatutnya ada sedikit kesiluan untuk menuduh orang lain yang tidak menghormati raja-raja itu.
Jika dahulu mereka pernah hina raja-raja apa yang boleh menghalang mereka untuk menghina baginda raja-raja Melayu jika raja Melayu bertindak untuk membetulkan keadaan buruk ciptaan UMNO ini. UMNO berkemampuan untuk melakukan apa sahaja waimma menghina raja Melayu sendiri apabila berada di dalam kesempitan seperti pernah berlaku hampir 20 tahun dahulu.
Muhyiddin seterusnya menuduh DAP akan menubuhkan negara Republik dan ini merupakan satu tuduhan yang sangat gila. DAP telah menyatakan dengan jelas yang mereka tidak akan menjadi PM kerana mereka tahu mereka tidak boleh menungkah arus kerana orang Melayu merupakan rakyat majoriti dalam negara ini.
DAP juga telah jelas menyatakan yang parti itu tidak mungkin menghantar wakilnya menjadi PM kerana parti itu tidak mempunyai cukup kerusi jika menang semua kerusi yang di tandingi mereka. Kalau hendak mengira pun tidak tahu bagaimana rakyat hendak meningkatkan keyakinan terhadap kepimpinan kita khususnya terhadap Muhyiddin?
Dalam isu DAP ini Muhyiddin nyata bercakap bersalah-salahan dalam satu rangkap kata-katanya. Muhyiddin menyatakan yang DAP itu sebagai sebuah parti multiracial yang di dominasi oleh kaum cina. Tetapi apa bila DAP bergerak untuk meminta orang Melayu menyertainya orang-orang Melayu itu di anggap sebagai pengkhianat kepada negara pula.
Muhyiddin tidak langsung mahu mengaku bahawa pemimpin-pemimpin yang mencuri harta rakyat itu adalah pengkhianat negara yang sebenarnya. Apakah bezanya perasuah-perasuah dalam pimpinan UMNO itu dengan perompak Botak Chin yang dibunuh oleh polis dalam siri tembak-menembak dengannya pada pertengahan lapan puluhan dahulu?
“Pembangkang itu anti Islam, dan tidak memperjuangkan Islam” kata Muhyiddin. Jika itu kata beliau persoalannya adakah UMNO itu benar-benar memperjuangkan Islam seperti yang di war-warkan. Jika benar UMNO itu memperjuangkan Islam kenapa rakyat mempunyai persepsi yang pemimpin UMNO kebanyakannya ada pemimpin rasuah?
Adakah persepsi buruk ini ciptaan pembangkang. Bagaimana pembangkang hendak memfitnah pemimpin UMNO itu rasuah kalau tidak ada bukti yang jelas yang UMNO itu benar-benar rasuah? Kalau pemimpin parti itu rasuah, adakah layak parti itu di anggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam?
Rasuah berlaku di setiap peringkat dalam kerajaan BN ini, kenapa tidak malu untuk mengaku yang kerajaan BN itu memperjuangkan Islam? Takkanlah mengambil rasuah itu perjuangan Islam. Islam apa itu?