Pembangkang 100 kali lebih rasis


Cuma orang yang bersikap terlalu rasis sahaja, sepanjang masa, apabila satu pihak bercakap tentang satu kaum, dia kata kita rasis, kata timbalan presiden Umno.

(Free Malaysia Today) – Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak tanggapan awam bahawa parti itu bersifat rasis kerana hanya mempertahankan hak sesuatu kaum sahaja.

Sebaliknya beliau menganggap pihak yang melakukan tohmahan itu jauh lebih rasis berbanding Umno.

“Cuma orang yang bersikap terlalu rasis sahaja, sepanjang masa, apabila satu pihak bercakap tentang satu kaum, dia kata kita rasis.

“Padahal mereka tidak sedar dia 100 kali lebih rasis daripada kita,” katanya kepada pemberita selepas ucapan perasmian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya, walaupun Umno jelas merupakan parti politik tunggal bagi kaum Melayu, namun parti itu sanggup bekerjasama dan berkongsi kuasa dan memperjuangkan hak kaum lain demi perpaduan.

Katanya, sebagai tunjang perjuangan Melayu, Umno tetap bersedia sama ada parti itu berada dalam keadaan kuat atau lemah.

Beliau berkata perkara yang sama turut dinyatakan Presiden Umno pagi tadi yang menyatakan Umno sejak pilihan raya umum pertama tahun 1955 lagi berkesempatan menguasai majoriti 51 kerusi Parlimen namun tidak berbuat demikian kerana lebih mementingkan perpaduan  kaum.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...