UMNO- dari Modal Insan ke Modal Lembu dan kemaraan Fascime UMNO


SAKMONGKOL AK47

PAU 2011: Dari modal insan ke modal lembu dan kemaraan fascime.bahagian 1

Apa sudah jadi kepada UMNO? Mana parti yang di ransang oleh fikiran besar dan idealism? Mana parti yang di ransang oleh perjuangan emansipasi daripada belenggu penjajahan fisikal dan minda? Sayang seribu sayang, parti tersebut sudah jadi arwah dan sudah di talqinkan.

Sebaliknya, ucapan yang berapi api dari pemimpin biasa sehinga pemimpin besar UMNO di dengar sebagai jeritan nyaring dan kasar pemimpin2 dari sebuah parti yang lebih mirip kepada kumpulan yang di pimpin oleh Benito Mussolini. Ini suara dari parti fasis!

Ini pandangan saya mengenai PAU 2011. Ramai sudah pulang ke kampong halaman. Peniaga pun buat cheap sale saat akhir. Mungkin ada yang masih tingal di Kuala Lumpur sebab pemimpin mereka sudah bayar bilik dan beri duit belanja. Ini kelaziman para perwakilan.

Apa sebetulnya yang mahu di cerna selama PAU 2011? Fikiran besar dan pengucapan yang bertanggung jawab? Pengucapan yang mengutamakan kesejahteraan negara keseluruhan nya?

Tidak ada benda2 ini. Yang ada yang di cernakan ialah perkara perkara yang menyeramkan orang Melayu. Para perwakilan UMNO yang di sifatkan sebagai askar barisan depan UMNO di tanam dengan rasa cemas dan ketakutan. Orang Melayu terancam, mereka tidak selamat, harta benda mereka akan di rampas, kuasa mereka akan hilang, lambang2 budaya Melayu seperti insitusi raja akan di basmikan dan seumpamanya. 

Apa objektif cara ini? Pengawalan dan pengekangan keatas minda bangsa Melayu melalui cerita seram dan takut adalah cara sebuah parti yang fasis ( fascist) mengekalkan sokongan dan kuasa. Ia bukan amalan parti yang demokratik. Inilah yang sekarang terjadi keatas UMNO. The rise of UMNO fascism.

Perkara yang paling di fikirkan oleh pimpinan UMNO ialah sama ada para perwakilan yang bermukim selama 4-5 hari di KL akan membawa api semangat yang di nyalakan selama mereka berkampung disini. Bolehkah rasa cemas yang di cipta selama 4-5 hari tersebut dan cerita2 yang menyeramkan mengenai ancaman terhadap bangsa Melayu, agama mereka dan rasa benci yang di di tanam, dapat mengekalkan momentum askar2 barisan depan UMNO tersebut?

Pengekalan rangsangan emosi tersebut amat penting kepada pimpinan UMNO. Jika api rasa cemas, terancam dan marah jadi pudar, UMNO akan berada dalam bahaya. Jika perasaan itu terus membuak buak, maka UMNO ada peluang terus hidup.

 

Apakah yang akan di lakukan supaya perasaan tersebut di kekalkan?  UMNO ada Ahmad Maslan untuk menentukan program menanam rasa benci dan sieged mentality Melayu berterusan. Maslan akan menjaja kesana sini bagaimana Islam terancam, orang Melayu berduyun duyun di kristiankan.

 

Kesemua alatan media pandang dengar dan penulisan akan di gembelingkan untuk menanam rasa benci , cemas dan ketakutan di kalangan orang Melayu. Dalam bulan2 yang akan datang, kita akan lihat pimpinan UMNO akan menjadi lebih bingung, bernada bermusushan dan rasis. Semua pemimpin UMNO akan mengatakan orang Melayu berada dalam bahaya dan terancam. Musuh orang Melayu, bangsa bangsa lain di ketuai oleh komrad Guang Eng and Kit Siang, di sokong oleh Mulla Hadi dan Ayatullah Nik dengan kerjasama dari gayboy Anwar Ibrahim semua sedang berkonspirasi mengambil alih kuasa orang Melayu, merampas segala hak, menghapuskan budaya Melayu dan memurtadkan orang Melayu. Semua wanita akan di paksa membeli coli RM 26 ribu, lembu2 di hantar mendiami One Menerung, atau the Troika di ibu kota.

Untuk mengelak ini semua, UMNO mesti mengekalkan kuasa mutlak bagi pihak orang Melayu!. Kita akan lancarkan projek2 raksasa untuk meningkatkan kemajuan ekonomi. Kita akan agihkan projek2 tersebut sesame sendiri supaya ianya kekal di kalangan baka UMNO yang tulin.

Apa ini semua? Ini cara kuasa fasis mengekalkan kuasa dan bukan cara negara yang bercakap besar mengenai mengujudkan demokrasi yang terbaik di dunia.

Tapi apa sebenarnya bermain di benak para perwakilan dan para penyokong UMNO yang datang berkelana dan bermukim di ibu kota seminggu yang lalu?

Ada mereka fikirkan dan kisahkan apa yang di bahas dalam dewan? Rasa nya mereka tak kisah pun. Beli belah saat akhir lagi penting. Malam akhir di ibu kota, mesti di manfaatkan semaksima mungkin. Tahun depan, kalau ada rezeki, boleh jadi perwakilan lagi. Kalau UMNO tidak jadi kerajaan, PAU mesti di adakan. Masa itu perwakilan akan korbankan mereka yang di anggap telah menyebabkan kekalahan UMNO.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...