Kempen ABU tumbangkan Umno bermula


Selain ahli politik ia turut mengetengahkan golongan suri rumah, pekerja dan pelajar

(Free Malaysia Today) – Kempen Asalkan Bukan Umno  (ABU) untuk menumbangkan Umno/BN  dimulakan semalam di markas PAS di Taman Melewar dekat Kuala Lumpur.

Kempen ini dipelopori oleh parti politik pembangkang dan NGO.

Berbeza dengan kempen lain, ABU turut mengetengahkan  suri rumah, pekerja  dan golongan pelajar.

Menurut Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia Al Jafree Md Yusop, sesi ceramah semalam menampilkan Badrul Hisham Shaharin dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan PKR, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan dan aktivis NGO Haris Ibrahim.

1, 000 orang hadir

“Mereka berceramah berkenaan banyak isu tetapi ia adalah berpangkalkan empat topik utama iaitu peningkatan harga barang, politik perkauman, Lynas dan undang-undang yang zalim seperti ISA, Ordinan Darurat dan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011,” kata Jafree.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...