‘TENDER GATE’ KKLW (SIRI PERTAMA)


SABAHKINI

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal, secara jelas telah mengarahkan Timbalan Ketua Setiausaha (SE) Dato’ Yussoff Dohab, agar meluluskan projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah secara Tender Terhad kepada 10 syarikat PKK Kelas B di Negeri Sabah.

Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002 jelas menyebut bahawa semua tender melebihi RM10 juta perlu kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu. Ini bermakna kuasa tender KKLW di bawah RM10 juta adalah di bawah kuasa sepenuhnya Menteri KKLW.

Adalah jelas Menteri KKLW telah menyeleweng dan mengarahkan tender terhad kelas B diluluskan dalam Lembaga Perolehan KKLW untuk Projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah.

Namun selepas tender dijalankan, kos melaksanakan projek tersebut melebihi had tender PKK Kelas B dan terpaksa melantik Syarikat Juz Jati Sdn Bhd (Syarikat Kelas B) dengan harga RM 11 juta.

Sehubungan itu KKLW terpaksa membuat permohonan semula kepada Kementerian Kewangan agar meluluskan projek tersebut di atas secara khas memandangkan segala urusan tender dan pelantikan kontraktor telah dibuat.

Kementerian Kewangan melalui suratnya S.K.KEW/PL/KI 1/700/810209/156/12-43 JLD 12 SK 3 (7) bertarikh 3 Oktober 2011 telah memaklumkan kepada KKLW bahawa pelaksanaan tender terhad bagi projek di atas tidak teratur kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...