PRU-13: Pakatan S’gor kekal ‘status quo’


DAP akan bertanding 15 kerusi, PKR (21) dan PAS (20), sama seperti pada PRU 2008, kata Teresa Kok.

(Free Malaysia Today) – Pakatan Rakyat negeri Selangor bersetuju untuk mengekalkan ‘status quo’ dalam pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

‘Status quo’ yang dipersetujui bersama ialah DAP akan bertanding 15 kerusi, PKR (21) dan PAS (20), sama seperti pada PRU 2008, kata Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pada sidang media di sini hari ini.

Menjawab mengenai dakwaan rancangan DAP untuk mengambil kerusi Menteri Besar, Teresa menjelaskan bahawa parti yang menang paling banyak kerusi akan diberi keutamaan dan dari 56 kerusi Dun Selangor itu, DAP hanya bertanding 15 kerusi berbanding PKR dan PAS.

“Saya rasa hairan mengapa timbul kata DAP mahu kerusi Menteri Besar, dan daripada pengaruh di Selangor tidak mungkin perkara itu terjadi. Pihak yang menang paling banyak kerusi yang akan diberi keutamaan.

“Tiada perbincangan siapa akan jadi Menteri Besar. Calon (Menteri Besar) pun masih belum boleh ditentukan. Itu pun sekiranya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu menjadi calon dan sebaliknya hanya mahu bertanding kerusi parlimen sahaja,” jelas beliau.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...