Manipulasi masa adalah korupsi dalam sistem keadilan


ZUNAR KARTUNIS

Dalam istilah undang-undang, sering diutarakan hujah mengenai “Justice delayed is justice denied” (keadilan yang dilengah adalah keadilan yang dinafi) dan “Justice Hurried is Buried” (keadilan yang terburu-buru adalah keadilan yang dibenamkan).

Kedua-dua hujah ini menekan bahawakeadilan tidak ditentukan oleh faktor masa, tetapi hendaklah berdasarkan undang-undang yang adil.

Di Malaysia, bukan saja hukum sering tidak adil, ia sering dizalimkan lagi dengan manipulasi masa. Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo didakwa atas dakwaan yang telah diringankan bagi menyelamatkan beliau. Masa yang dipilih untuk memutuskan kes ini ialah menjelang cuti umum selama tiga hari, iaitu cuti hari Krismas yang dicantumkan dengan cuti hari minggu.

23 Disember sengaja dipilih ketika rakyat sedang bercuti penjang supaya mereka tidak sempat menganalisa kes ini dan dengan itu menyelamatkan sendiwara politik pemerintah.

Kita lihat lagi, Eric Chia dan Kasitah Gaddam didakwa menjelang PRU 2004 bertujuan memperlihatkan kononnya kerajaan bersungguh dalam menangani rasuah untuk kepentingan kempen, sedangkan kesalahan tersebut dilakukan berpuluh tahun sebelum itu. Dan beberapa tahun selepas PRU, mereka dibebaskan.

Pada tahun 1999, Marina Yusoff yang sedang popular dikalangan penyokong reformasi ketika itu didakwa atas Akta Hasutan, dan masa yang dipilih ialah pada hari raya ketiga bertujuan mengelak perhimpunan bagi menyokong beliau kerana kebanyakan rakyat ketika itu sedang bercuti.

Sebelum Anwar Ibrahim dibebaskan pada tahun 2004, beliau telah dimaklumkan beberapa bulan sebelum itu oleh ‘orang-orang yang rapat’ kepada Perdana Menteri bahawa beliau akan dibebaskan, tetapi masanya selepas PRU bagi mengelakkan beliau berkempen.

Kes terbaru Anwar diabicarakan secara tergesa-gesa dan dipercepat supaya hukuman dapat dijatuhkan sebelum Parlimen dibubar oleh Perdana Menteri untuk dijadikan bahan kempen oleh Umno/Barisan Nasional dalam PRU 13.

Dalam rancangan membebaskan dua katak Perak, Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai habuan melompat, masa yang dipilih ialah ketika orang sibuk berkempen pilihanraya Sarawak.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...