Mustafa Ali enggan jawab tuduhan mahu jumpa Umno


“Dia (Dr Hasan) sudah berhenti lawan PAS, saya pun berhenti cakap,” kata setiausaha agung PAS itu.

(Free Malaysia Today) – Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali enggan mengulas tuduhan Datuk Dr Hasan Ali yang beliau mahu berjumpa pemimpin Umno.

Orang kuat PAS itu memberi alasan bekas pesuruhjaya PAS Selangor sudah tidak lagi menyerang PAS.

“Dia (Dr Hasan) sudah berhenti lawan PAS,  saya pun berhenti cakap.

“No komen,  biar dia kata apa pun. Kalau dia nak bercakap, biarlah dia bercakap,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mustafa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Dr Hasan bahawa setiausaha agung PAS itu mahu berjumpa pemimpin Umno.

Dalam sidang media baru-baru ini, Mustafa mendakwa exco agama kerajaan negeri Selangor mengatur rancangan mahu berjumpa pemimpin Umno.

`Saya sign surat’

Selain Dr Hasan, kata Mustafa, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa juga mahu berjumpa dengan pemimpin Umno.

Bagaimanapun, dalam sidang media di rumah Dr Hasan di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur pagi tadi, Adun Gombak Setia itu menafikannya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...