`Tiada ruang untuk saya bersuara dalam Harakah’


Dr Hasan Ali mendakwa sejak dua minggu lalu beliau tidak diberikan ruang dalam media parti sendiri untuk bersuara.

(Free Malaysia Today) –  Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali menegur lidah rasmi PAS Harakah yang didakwanya hanya membuat liputan berita terhadap golongan tertentu sahaja dan mengenepikan pihak lain.

Katanya, keadaan itu ketara lebih-lebih lagi isu membabitkan dirinya sejak dua minggu lepas,  malah beliau tidak diberikan ruang dalam media parti sendiri untuk bersuara.

“Kalau buat analisis kajian kandungan dalam Harakah berhubung polemik ini sejak dua mniggu lepas berapa peratus ruang yang diberikan untuk Hasan Ali?

“Masa saya jadi Pesuruhjaya PAS Selangor pun tak banyak peruntukan diberikan kepada saya berbanding orang lain,  kadang-kadang ruang diberikan kepada parti komponen lain lebih besar berbanding golongan tertentu dalam PAS sendiri,” katanya dalam sidang media di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas mengenai temuramahnya dengan TV3 menerusi slot ‘Soal Jawab’ Rabu lalu.

Katanya, perkara ini dapat dibuktikan apabila Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang pernah memanggil media termasuk Harakah untuk menjelaskan pandangannya mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

`Mungkin perintah orang berkuasa’

“Biasanya kalau timbalan mursyidul nak keluar akhbar mereka ini didahulukan tapi kemungkinan atas perintah orang yang berkuasa dalam Harakah didapati artikel sampai sekarang tak tersiar.

“Bayangkan kalau berita timbalan mursyidul am pun  tak keluar apatah lagi Hasan Ali,” katanya yangmendakwa turut mendapat aduan yang sama daripada anggota dan pimpinan PAS  yang lain mengenai isu ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...