Azmin Ali – “Selamat memegang kuasa”


Umno Reform

Ini bukan satu usul demokrasi yang ada dalam PKR. Sebarang usul corak dan cara demokrasi dalam PKR adalah ilusi semata-mata. Demokrasi dalam PKR adalah demokrasi yang terbantut dengan campur tangan kepimpinan keliling Anwar Ibrahim. Hairan, tidak ada rasa malu dengan pengamalan tidak demokratik tetapi melaungkan demokratik.

Ramai kepimpinan lain – dalam sirkulasi kepimpinan tertinggi tahu bahawa kronisme adalah budaya tertinggi dalam PKR. Budaya kronisme ini semakin menular sehingga mereka yang berada dalam PKR sedar tetapi kelu untuk keluar bersuara.

Bantahan akan menyebabkan seseorang itu terus dilabel sebagai dibayar oleh UMNO. Ini kekuatan propaganda mereka. Mereka bertindak cepat untuk menghukum sebelum sempat individu itu bangkit menyatakan kepincangan terhadap apa yang berlaku dalam PKR. Apa yang ada dalam PKR adalah ahli-ahli yang baru – sedang yang lama semakin mengikut tetapi tidak terlibat. Pelajar dan mahasiswa hari ini akan terus melalui proses kekecewaan mereka yang pernah berada dalam PKR sebelum ini.   

Kronisme dalam PKR mempunyai perlambangan yang jelas – Azmin Ali adalah perlambangan kronisme – kehadiran Presiden dan Naib Presiden adalah perlambangan yang amat jelas. Hentaman demokrasi juga ada perlambangan yang jelas – pemilihan dalam PKR amat jelas menunjukkan bahawa demokrasi yang ada adalah demokrasi interpretasi sendiri.

Keadaan kecil mengenai apa yang berlaku – titik dan benih rasuah dan lebih buruk lagi amalan yang kononnya menghalalkan kronisme kerana mahu kekukuhan menentang UMNO boleh dilihat sedang berlaku dalam PKR. Isu yang kecil seperti dalam :

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...