kisah kaki lutu dan IPO Felda Global


SAKMONGKOL AK47

Mengapakah ada tentangan kepada penyenaraian FGV global? Bukankah para peneroka yang berjumlah 220,000 itu akan mendapat durian runtuh? Isa Samad telah janji- peneroka mesti bergembira. Kerajaan UMNO sentiasa menjaga kebajikan para peneroka….dan kebajikan warga korporat. Soldadu perkasa pun kesana kemari menakutkan sesiapa yang menetang agenda kaki lutu Isa bin Samad.

Berapa nilai durian runtuh tersebut? Barang di ingat durian runtuh ini sekali sahaja. Dan peneroka akan menikmati nya jika mereka menjual saham free yang mereka terima. Free dari mana? Tentulah FGV yang akan beri. Jika tidak, maka tidak ada galakan atau insentif untuk peneroka menyerah jiwa dan raga mereka bukan?

Setelah di IPO kan, pegangan FGV ialah sekitar 28%. ( 39% dari 70% perniagaan). Pegangan KPF ialah 42%.  FGV akan set aside sebahagian dari saham mereka untuk di agihkan kepada 220,000 peneroka. Berapa banyak yang akan di agihkan? Katalah 10%. 10% itu berapa nilai nya dalam sebutan mutlak? Saya tidak tahu macam mana mereka buat perhitungan, tapi target FGV ialah mencatat nilai 7 billion apabila di IPO. Jadi kalau mereka set aside 10%, maka nilai mutlak nya ialah 700 juta. Bahagikan 700 juta ini dengan 220,000, maka seoang peneroka akan mendapat lebih kurang RM3200 seorang.

Terpulanglah kepada peneroka untuk berfikir adakah premium 3200 seorang ini setimpal dengan penyerahan segala yang mereka miliki secara lansung melalui KPF dalam FH berbaloi. 3200 di bahagikan dengan 12 bulan, tidak sampai 300 Ringgit sebulan.

Tapi siapa mahu kasi 3000-4000 setahun kepada setiap peneroka? Anwar Ibrahim? Kit Siang? Nik Aziz? Semua tak boleh. Hanya Isa bin Samad sahaja yang boleh. Siapa tentang akan kena lutu. Sebab Isa Samad kata kalau dia jumpa orang itu, dia akan lutu. Hoho. Dalam dunia ini Isa bin Samad sahaja yang boleh lutu. Dan Isa Samad sudah pun lutu Zulkifli Wahab. Sehingga Isa Samad hantar gerombolan perkasa supaya menakutkan Zul Wahab.

PM telah beri tugas kepada Isa Samad, Isa- you jayakan IPO ini by any means necessary. Maka, tentangan terhadap penyenaraian akan di pandang serong dan di anggap suatu sikap yang anti peneroka. Sedangkan jika di kaji, bukankah penyenarian tersebut akan meninggikan harga saham koperasi permodalan FELDA?

Tapi kita serius sikit. Apakah yang merisaukan atau boleh merisaukan peneroka? Kepentingan peneroka terletak pada pegangan KPF dalam FELDA Holdings. Peneroka menguasai 51% daripada saham dalam FH. Ini bermakna mereka mempunyai penguasaan lansung atau direct control keatas tanah2 dan asset dalam FH. Bila penyenaraian berlaku, semua tanah dan asset di pajak kepada syarikat FGV yang disenaraikan. Sebagai balasan peneroka memiliki saham melalui KPF. Mereka tidak lagi menguasai secara lansung tanah dan asset.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...