RPK dakwa rasuah tapi tiada bukti


“Kita mahu kurangkan fitnah sebab orang cakap ada rasuah tapi tidak dapat buktikan,” kata MB Selangor.

(Free Malaysia Today) – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dakwaan blogger pro Umno Raja Petra Kamarudin (RPK) bahawa terdapat amalan rasuah dan pemberian duit ‘bawah meja’ dalam pentadbirannya hanya fitnah kerana tiada sebarang bukti dikemukakan.

“Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk memerangi rasuah dan memastikan mereka yang terlibat dengan rasuah ditangkap dan didakwa.

“Ini penting kerana hendak tentukan tujuan tercapai dan kita mahu kurangkan fitnah sebab orang cakap ada rasuah tapi tidak dapat buktikan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung dakwaan RPK bahawa kerajaan Pakatan Rakyat gagal membawa perubahan di Selangor.

Pada masa sama ketika ditanya sama ada beliau akan menemui sendiri RPK bagi meminta penjelasan mengenai dakwaan tersebut, Abdul Khalid menjelaskan perkara itu tidak perlu dilakukan.

Pada Ahad lalu, RPK berkata maklum balas daripada ahli perniagaan mendakwa tahap rasuah di Selangor masih sama selain masih ada yang membayar duit ‘bawah meja’.

RPK turut menyifatkan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...