Zaid akan bertanding atas tiket DAP?


HELEN ANG

Free Malaysia Today melapor bahawa ia dimaklumkan Zaid Ibrahim akan bertanding kerusi Parlimen di bawah panji-panji DAP.

Dalam rencana Jan 3 itu yang bertajuk ‘DAP to ‘sacrifice’ seats for Malay candidates‘, FMT berkata ada ura-ura Zaid akan dicalonkan di sebuah kawasan bandar.

Screenshot rencana ‘Free Malaysia Today’

Precedent (contoh lepas) ialah Dr D. Jeyakumar dan Wee Choo Keong yang diletakkan atas tiket PKR di Sungei Siput dan Wangsa Maju pada PRU12 walaupun masing-masing ahli parti PSM dan MDP.

Baru-baru ini Raja Petra Kamarudin berada di Phuket semasa cuti Krismas. Pada bulan Disember yang sama, RPK telah berjumpa Zaid di Bangkok.

Adakah kekecohan ekoran kritikan beliau yang bertalu-talu terhadap Anwar Ibrahim dan Azmin Ali itu sebenarnya bertujuan membuka laluan untuk Zaid?

Ketua parti-parti Pakatan ialah Abdul Hadi Awang, Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Guan Eng.

Pemimpin-pemimpin senior Pakatan ialah Nik Aziz Nik Mat, Mat Sabu, Azmin Ali, Nurul Izzah, Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Kalau Anwar masuk penjara, siapa bakal menggantinya sebagai calon perdana menteri?

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...