Guna wang zakat sekat hukum Islam


(FMT) – “Bolehkah wang zakat digunakan untuk menghalang hukum Islam dari dilaksana?,” soal setiausaha agung PKR.

PKR hari ini menyifatkan kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali bahawa wang zakat boleh digunakan untuk mempertahankan kedaulatan Islam sebagai menyimpang jauh dari kebenaran.

“Apakah orang yang menggunakan kedudukan menghalang seorang yang difitnah membawa kes ke mahkamah syariah dianggap mempertahankan kedaulatan institusi Islam?,” soal setiausaha agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan media hari ini.

Laporan Audit Negara 2010 mengesahkan sebanyak RM63,650 wang zakat telah dikeluarkan dari akaun Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membayar kos guaman.

Ini berikutan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan qazaf (tuduhan terhadap seseorang melakukan zina tanpa bukti empat saksi) terhadap Che Mat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

Saifuddin menyoal lagi, “adakah orang yang menggunakan kedudukan mereka menyekat pendakwa syarie meneruskan dakwaan qazaf ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sewenang-wenang membuat tuduhan tanpa menampilkan saksi boleh dianggap mempertahankan kedaulatan institusi Islam?

Sebenarnya kata Saifuddin mereka bertiga cuba berlindung dengan alasan bahawa wang zakat   itu   kemudian   telah   selamat diganti dengan  satu  peruntukan  lain  namun  isu  ini  tidak  terhenti  di situ.  Menteri  berkenaan masih  terus  dengan  pendirian  bahawa wang  zakat  tidak  digunakan.

“Apakah   jika   mereka   menggunakan   kedudukan   untuk   berbuat demikian   maka   mereka   dibolehkan menggunakan  wang zakat  untuk  membayar  khidmat  guaman  mereka?,” tanya beliau.

Saifuddin berkata adalah  jelas  mereka  bukan  mendaulatkan institusi  Islam  bahkan  merekalah  yang  menghalang  hukum  Islam dari  dilaksana.

Mempertahan diri

“Kalau  begitu   apa   alasan   mereka   untuk   menggunapakai   wang zakat   untuk   tujuan   mempertahankan   diri apabila  disaman dek kerana  mereka  sendiri  yang  menyekat  kes  qazaf  ini  dibawa ke muka  pengadilan  oleh Anwar?,” soal Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang.

Menurutnya, Anwar memfailkan saman tersebut kerana mereka bertiga dipercayai  mempengaruhi  kes  mendakwa  Saiful  atas tuduhan qazaf  tidak  dibawa  ke  muka  pengadilan.

“Biarpun  aduan  tentang  kes  ini  telah  dibuat  oleh Anwar  seawal 2008,  selesai  disiasat  oleh  Jawi,  kertas  siasatan  telah diserahkan  kepada  bahagian  pendakwaan  namun  hasilnya  ialah  kes
tersebut  didiamkan  begitu  sahaja.

“Adalah  menjadi  hak  untuk Anwar  membela  diri. Anwar membuat aduan  kepada  pihak  berkuasa  yakni  Jawi,  beliau  yang kemudian  dipanggil  membantu  siasatan  memberikan sepenuh  kerjasama.

“Saiful  turut  disiasat  oleh  Jawi.  Apakala  siasatan  selesai gerangan  apa   yang   tidak   membolehkan pendakwaan   dibuat   ke atas   Saiful   yang   secara   terbuka membuat  tuduhan  terhadap Anwar yang  kononnya telah  meliwat beliau?,” soal beliau.

Read more at: http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/13/guna-wang-zakat-sekat-hukum-islam/

 



Comments
Loading...