Orang Melayu marah video rasuah Namewee?


Helen Ang

Mencekup daripada blogger yang ‘favourited’ di menu bar saya — Din Turtle.

Posting Pak Din semalam bertajuk ‘Tolong cikgu Sivik ajar budak kurang ajar ni‘. Blogger ore Ganu kito berpendapat bahawa klip video lagu Tahun Baru Cina terbitan Namewee “memperbodohkan” kaum Melayu.

Lady Gaga

Sebenarnya saya tidak berapa mengerti apa mesej tersirat yang hendak disampaikan oleh Namewee.

Rasa-rasanya Namewee agak sinis dari segi outlook (pandangan duniawi). Namun lebih baik saudara-saudari menonton serta menilai sendiri video muzik itu yang telah dimuat-turunkan di YouTube lima hari lalu (Jan 9).

Karya terbaru Namewee bertemakan rasuah. Dibayangkannya orang yang makan suap ialah anggota polis, pemain bola sepak, (mungkin) anggota polis trafik dan (mungkin) kakitangan kerajaan yang berpakaian seragam umpamanya pegawai penguatkuasa kastam dsb.

Keempat-empat watak tersebut dibawa pelakon Cina, iaitu geng Namewee dari filem Nasi Lemak 2.0.

Seorang artis pop seperti Namewee – atau katakan Lady Gaga yang mempunyai 17 juta orang pengikut Twitter – memberi impak hebat kerana mampu mencetuskan perbincangan di kalangan peminatnya yang begitu ramai sekali.

Video Namewee setakat ini sudah pun ditonton sebanyak 355,000 kali. Senikata lagu dan terjemahannya kepada bahasa Melayu saya sediakan di bawah.

Namewee dengan membangkitkan isu rasuah di media baru sosial mampu mencipta ‘buzz’ yang tidak mungkin disaingi blogger atau wartawan.

Read more at: http://helenang.wordpress.com/2012/01/13/orang-melayu-marah-video-rasuah-namewee/



Comments
Loading...