PKR bunuh PAS secara tersusun
“PKR dilihat merampas tugas EXCO Agama yang selama ini dipegang oleh PAS. Tidakkah ahli PAS nampak perkara ini,” kata Ketua Penerangan Wan Rosli Omar.
(Free Malaysia Today) – Baru sehari wakil PAS Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, parti Kita Kedah mendakwa parti Islam itu terlalu tunduk kepada PKR.
“PKR dilihat merampas tugas EXCO Agama yang selama ini dipegang oleh PAS. Tidakkah ahli PAS nampak perkara ini,” kata Ketua Penerangan Wan Rosli Omar.
Beliau mengulas pelantikan Dr Ahmad Yunus sebagai exco di Istana Kayangan, Shah Alam semalam.
Adun Sijangkang itu menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat PAS baru-baru ini.