Sandiwara Putrajaya ( Bahagian 1)


AG telah mengambil masa yang lama untuk memfailkan rayuan kes ini juga dapat manyumbang pada plot ini dimana media-media menggunakan sentimen keluarga Saiful Bukhari untuk mengelirukan rakyat. Persoalan akan timbul mengapa keluarga Saiful beria-ria atau mendesak AG untuk merayu. Dan ini menimbulkan rasa seolah-olah Saiful dianiaya, walaupun kebenarannya tidak lagi diketahui. Memanglah, apa lagi kerja TV3. Bila DSAI dibebaskan, TV3 lebih mamfokuskan emosi Saiful daripada reaksi DSAI.

Suara Demokrasi

Pembebasan DSAI oleh Mahkamah pada 9 Januari 2012 memang suatu perkara yang telah mewujudkan kesangsian atas strategi terbaru UMNO. Tetapi keraguan itu telah lenyap apabila AG telah membuat rayuan bagi pihak Saiful pada Mahkamah Rayuan. Isu liwat ini telah memberikan gambaran tentang plot dan sub-plot yang menarik. Ada juga yang menghairankan. Ada juga yang memberikan senyuman pada wajah yang membaca.

BN sekarang bukan sahaja main satu strategi, pelbagai strategi sedang digunakan untuk mangekalkan Putrajaya. Satu BN mahu menggores keluar nama buruk dan dakwaan PR. Kedua, ingin menyejukkan hati pengundi dengan pemberian wang dan mengadakan program mesra rakyat. Ketiga dengan memburukkan nama lawan(seperti biasa).

Dalam sebuah artikel bertajuk “Rakyat BODOH, BN pandai” pada Suara Demokrasi, kita telah pun lihat tentang sandiwara disebalik pembebasan DSAI 901. Pembebasan DSAI adalah sandiwara semata-mata untuk menunjukkan sistem kehakiman tidak ada campurtangan politik. Bermaksud, apa-apa tindakan mahkamah akan datang dapat diwajarkan menggunakan peristiwa ini.

AG telah mengambil masa yang lama untuk memfailkan rayuan kes ini juga dapat manyumbang pada plot ini dimana media-media menggunakan sentimen keluarga Saiful Bukhari untuk mengelirukan rakyat. Persoalan akan timbul mengapa keluarga Saiful beria-ria atau mendesak AG untuk merayu. Dan ini menimbulkan rasa seolah-olah Saiful dianiaya, walaupun kebenarannya tidak lagi diketahui. Memanglah, apa lagi kerja TV3. Bila DSAI dibebaskan, TV3 lebih mamfokuskan emosi Saiful daripada reaksi DSAI.

Timbalan Perdana Menteri secara tidak langsung masuk campur dalam hal ini. Plot ini mengelirukan. Sedangkan Najib Tun Razak cuba untuk meneutralkan kes ini, mengapa Muhyiddin perlu berikan komen? Selaku TPM, memang banyak tugas yang Muhyiddin ada, tetapi masih menunjukkan sedikit minat pada kes Saiful. Ini memang dapat memberikan tanggapan buruk pada BN secara menyeluruh dikalangan reformis dan juga pengundi atas pagar. Jadi ini boleh diangap sebagai niat untuk memberi rintangan pada Najib Tun Razak dan karier politiknya.

Siapa akan menawan Putrajaya pada PRU ke-13. Walaupun terdapat banyak skandal dan rintangan kepada BN, peluangnya untuk menang masih ada lagi. Ianya bukanlah senang untuk mengalah BN, dan perkara ini memang diketahui oleh pemimpin-pemimpin PR sendiri. Ini kerana BN mempunyai jentera-jentera pilihan raya yang kuat, aktif dan kaya. Tetapi, bila kita lihat balik plot Muhyiddin, jika menang, BN akan menang dengan majoriti yang rendah. Boleh menjadi lebih rendah daripada pilihan raya sebelumnya.

Read more at: http://suarajd.blog.com/2012/01/21/sandiwara1/

 



Comments
Loading...