Hala-tuju PERKASA


Apabila anak-anak tulen Melayu begitu mengharapkan PERKASA tampil ke depan untuk membela nasib, kami memang tak nampak PERKASA melancarkan panah ke arah yang betul.

Fariq Islam

Saudara Ibrahim Ali dan penjuang-penjuang hak bangsa yang dihormati,

Saya bukannya ahli mana-mana parti politik, tetapi seorang peneliti politik dan peminat aktikel-aktikel politik.

Mengikuti isu-isu semasa, ingin saya luahkan perasaan sanubari. PERKASA, setahu umum, badan penjuang hak-hak Melayu. Namun, apabila anak-anak tulen Melayu begitu mengharapkan PERKASA tampil ke depan untuk membela nasib, kami memang tak nampak PERKASA melancarkan panah ke arah yang betul.

Apa yang berlaku sekarang bahawa ketaranya banyak bisnes yang beruntung tinggi diberi kepada Sheikh Mohktar Al-Bukkary. Apakah beliau seorang Melayu? Macam mana pulak kerajaan boleh meningkatkan pegangan Melayu dalam konteks ini? Tengoklah, kilang gula, pelaburan, bisnes penjanaan kuasa letrik dan kini pulak Proton dijual kepada beliau?

Tak ke PERKASA boleh rasa yang adanya sesuatu yang tak betul?

Halatuju PERKASA haruslah jelas, yang bila sebarang polisi kerajaan itu tidak memanfaatkan anak-anak Melayu, kenalah PERKASA berdiri tegak membela nasib bangsa!



Comments
Loading...