Jangan salahkan kami, kata penduduk Kampung Jalan Kebun


(Malaysian Digest) – Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil penduduk Jalan Kebun bagi menggesa pihak berkuasa untuk menghalang Hindraf daripada memasuki kampung tersebut.

Jurucakap penduduk Shaari Basri, 53, ketika ditemui pemberita mempersoalkan kehadiran Hindraf di kampung Sabtu lalu.

Shaari berkata, 100 peratus penduduk Jalan Kebun adalah berbangsa Melayu dan kehadiran Hindraf di kampung tersebut adalah mencurigakan.

“Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram. Mengapa mereka mahu menganjurkan acara di kampung kami? Jangan salahkan penduduk kampung tentang provokasi yang berlaku. Mereka yang memulakannya,” dakwa Shaari.

Beliau hadir bersama kira-kira 30 penduduk lain.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun telah diganggu oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu dan topi keledar.

 



Comments
Loading...