Pemuda Umno: Singkirkan Devamany dari Cameron Highlands


“Ada cawangan Umno di sini yang berkubur kerana tidak mendapat perhatian ahli parlimen,” kata Azizi Ahmad.

(Free Malaysia Today) – Pemuda Umno Cameron Highlands membuat usul supaya ahli parlimen sekarang Datuk SK Devamany digantikan dengan orang lain dalam pilihan raya umum ke 13.

Usul itu dibuat sendiri oleh Ketua Umno bahagian, Azizi Ahmad. Bagaimanapun, katanya,  tidak ada perbincangan khusus oleh Umno bahagian tentang usul tersebut.

Aziz juga menolak dakwaan untuk  membawa Presiden MIC Datuk G Palanivel bertanding di parlimen Cameron Highlands dalam pilihan raya ke 13.

Tetapi beliau mengakui ramai orang Melayu tidak gemar dengan berapa tindakan ahli parlimen sekarang Datuk SK Devamany.

`Cawangan Umno berkubur’

“Ada cawangan Umno di sini yang berkubur kerana tidak mendapat perhatian ahli parlimen.

“Beliau juga membantu NGO yang menyokong beliau sahaja,” kata beliau.

Azizi menambah, ada pemimpin Umno bahagian yang marah dengan Devamany.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...