Ada sesuatu yang tidak kena dengan Angkasa


Belanja RM1.27 juta untuk membeli tujuh buah Toyota Camry.

(Free Malaysia Today) – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) didakwa terjebak dengan skandal salah urus dana apabila membelanjakan wang sejumlah RM1.27 juta untuk membeli tujuh buah Toyota Camry bagi kegunaan ahli lembaga pengarahnya.

Pengerusi Koperasi Ukhwah Datuk Mustapa Kamal Maulut berkata jumlah itu melebihi daripada anggaran belanjawan tahunan asal yang hanya meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000 sahaja.

Malah beliau mendakwa pembelian pada tahun 2010 itu juga dibuat tanpa mendapat persetujuan elaun daripada Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa.

Mustapa, yang juga bekas ahli koperasi Angkasa berkata pihaknya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap lapan pegawai Angkasa, selain laporan polis yang dibuat dua tahun lalu.

Mereka adalah Yang DiPertua Angkasa Prof Dr Mohammed Ali Baharom, Timbalan Yang DiPertua Datuk Fatah Abdullah, Naib Presiden Arime Zainuddin, serta pegawai Angkasa Murtadho Bahari, Jamal Abdullah, Nasir Khann Mohammed Yaakob dan Suresh Kumar.

“Mereka secara terang-terangan telah menyalahgunakan kuasa lembaga Angkasa namun sehingga sekarang tiada sebarang tindakan daripada laporan yang dibuat,” katanya kepada FMT.

Mustapa mendakwa, salah laku ini dapat dihidu dan beliau mula bangkit mempersoalkannya dan menentang pentadbiran lembaga pengarah Angkasa.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...