1Care Malaysia – why kind of care? (dwi bahasa)


Those who are not paying income tax, will now have to pay. Those who are paying taxes, will have to pay even more. The 10% or whatever is on GROSS PAY, while income tax is subject to various relieves.

By Lee Wee Tak
Today Guang Ming Daily reported the hearsay received by relevant medical professional bodies and NGO for public health pertaining to 1Care Malaysia.
Pada hari ini, akhbar bahasa Cina Guang Ming Daily telah melaporkan maklumat-maklumat tidak rasmi mengenai 1Care Malaysia yang telah diterima oleh beberapa pertubuhan profesional perubatan serta NGO-NGO perihal kesihatan.

Caption: 1Care Malaysia: inconsistent messages, people deserve the truth

Tajuk laporan: 1Care Malaysia: maklumat yang saling bercanggah, rakyat berhak tahu apakah yang benar

The 5 key feature of 1Care Malaysia is as follows:

Antara 5 perkara utama dalam rancangan 1Care Malaysia adalah:
1.        Compulsory 10% deduction on all salaries, deduction is remitted to a public fund which is used to pay doctors and hospitals
Potongan wajib 10% ke atas semua gaji akan dikenakan, dan wang ini akan diagihkan ke dalam suatu dana umum untuk membayar doktor dan hospital
2.       Pay before service, consequently
Akibatnya, kita bayar sebelum menggunakan perkhidmatan perubatan
3.       A patient is limited to 6 visits a year, 1 disease per visit
Kunjungan seseorang itu ke doktor akan dihadkan kepada 6 kali setahun dan rawatan yang diberikan dalam setiap kunjungan akan dihadkan kepada satu jenis  penyakit sahaja
4.       The fund only cover basic medication
Dana ini akan membiayai kos perubatan asas sahaja
5.       An attempt is underway to privatize all medical services and deny quality health care to the poor; from only needing a Malaysian IC, in future, a patient has to produce apply for a medical card and a credit card.
Setiap cabang perkhidmatan perubatan akan diswastakan dan perkhidmatan perubatan berkualiti kepada setiap rakyat Malaysia akan disekat. Jika sekarang anda hanya perlu membawa IC untuk diberi rawatan, di masa akan datang, kita perlu memohon kad rawatan serta kad kredit.
MOH’s mission statement instead merely says that the health care service would continue to be available to all, regardless of status.
Kementerian kesihatan pula menyatakan bahawa perkhidmatan kesihatan ini akan terus diberikan kepada semua rakyat Malaysia tanpa ambil kira taraf.
The hearsay and the official terse statement contradict each other by going by experience of toll compensation, IPP subsidy, Indah (no free) Water, expensive internet services etc, the hearsay sounds more appealing.
Maklumat tersebut dan kenyataan pihak kementerian tersebut bercanggah tetapi pengalaman rakyat Malaysia yang sarat dengan bayaran gantirugi kepada syarikat-syarikat tol, subsidi kepada IPP, Indah Water, caj internet yang sangat mahal dan sebagainya, akan membuat kita lebih percaya kepada desas-desus tersebut.
The economics of the above 5 points is quite clear and simple.
Jika ditinjau dari segi ekonomi asas, 5 perkara tersebut boleh dirumuskan seperti berikut:
1.       Those who are not paying income tax, will now have to pay. Those who are paying taxes, will have to pay even more. The 10% or whatever is on GROSS PAY, while income tax is subject to various relieves.
Try to imagine the plight of a factory worker earning RM18 to RM25 a day, 10% of their hard earned basic and overtime pay forgone just like that. They are on suppressed pay rates because the allowed influx of cheap foreign labor.
Bagi mereka yang dulu tak perlu bayar cukai, dia kena bayar cukai sekarang. Bagi mereka yang sedang bayar cukai, mereka akan bayar cukai lagi tetapi jumlah yang dibayar adalah jauh lebih tinggi kerana 10% itu dikenakan kepada gaji pokok manakala bagi cukai pendapatan, ia dikenakan selepas pelbagai perlepasan.
Bayangkanlah pekerja kilang yang bergaji RM18 – RM25 sehari. 10% gaji asas dan lebih masa lesap begitu sahaja sedangkan mereka terpaksa menerima gaji rendah akibat kemasukan pekerja asing murah yang dibenarkan oleh kerajaan.
2.       If I have to pay before service, then I am penalized for being healthy.
Saya dipaksa bayar dulu sebelum guna, dan jika saya jaga kesihatan saya, seolah-olah saya dihukum pula dengan adanya potongan tersebut.
3.       How did the MOH expert decide on 6 per visit? If I have flu/fever/cut my finger in the kitchen/bitten my by neighbour’s dog….why am I subject to limitation over things I can’t control?
Bagaimanakah pakar-pakar di kementerian kesihatan merumuskan bahawa 6 rawatan setahun cukup? Mana tahu saya bila saya akan dapat selsema/demam/terpotong jari saya semasa memasak/kena gigit oleh anjing jiran saya…mengapakah hak saya dihadkan sedangkan perkara-perkara ini adalah di luar kawalan saya.
4.       If the fund covers everything, insurance companies would be worried and making noises, but all calm and aplomb. Perhaps without full and complete coverage, these insurance companies still have sizeable niche market then?
Jika dana ini membiayai segala kos perubatan, maka bisnes syarikat insuran akan hancur tetapi mereka ini selamba sahaja pula. Mungkin mereka masih ada peluang  bisnes lagi yang besar?
5.       In my previous posts, I have written about the economics of Malaysian healthcare, for example, financially unjustifiable outsourcing of linen washing to an unremarkable hotelier. If there is an avenue of milking public funds, Malaysian administration can claim itself to be world class, e.g. Alam Flora, Indah Water, IPP, MyEG toll concessionaires etc
Saya pernah menulis mengenai perkara-perkara kewangan dalam bidang kesihatan Malaysia, umpamanya penyerahan konsesi membersihkan kain kepada sebuah syarikat hotel yang tidak terkemuka. Jika ada jalan memerah duit rakyat, maka pencapaian pentadbiran Malaysia memang bertaraf dunia seperti kita lihat dalam pengendalian Alam Flora, Indah Water, IPP, MyEG, syarikat-syarikat konsesi tol dan sebagainya
We are already paying income taxes, EPF and SOCSO. Companies paying medical care for employees are building this into their overheads and selling price so we are actually paying for ourselves plus companies’ profits and government tax.
Kita telah dikenakan beban cukai, EPF dan SOCSO. Syarikat-syarikat yang membiayai kos rawatan pekerjanya akan mengambil kira belanja ini dalam pengiraan harga jualan mereka. Oleh itu, para pengguna pun sedang membiayai kos rawatan tersebut menerusi harga jualan barangan
 Many of us are also paying for medical insurance so is the federal government going to take over that fund? Otherwise, for some, we are paying multi-layer medical care!
 
Ramai antara kita yang membeli insurans perubatan dan adakah kerajaan persekutuan nan prihatin ini akan mengambil alih caruman tersebut? Jika tidak, pembeli insurans ini terpaksa membayar sekali lagi!

Read more at: http://wangsamajuformalaysia.blogspot.com/2012/02/1care-malaysia-why-kind-of-care.html



Comments
Loading...