Dr Khir Toyo: BN tidak benarkan operasi pasir


“Pendapatan dari perlombongan pasir tidak dapat membaiki kerosakan alam sekitar” kata beliau.

(Free Malaysia Today) –  Selangor tidak membenarkan pengeluaran pasir di negeri bagi mengelak kerosakan alam sekitar di kawasan perlombongan, kata bekas Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo.

“Pendapatan dari perlombongan pasir tidak dapat membaiki kerosakan alam sekitar. Kalau kita korek dan keluarkan pasir 100 ekar, berapa kos untuk menimbusnya semula?

“Sebab itu saya tidak luluskan lesen perlombongan pasir semasa saya menjadi menteri besar.

“Masa saya, pasir bukan pendapatan utama kepada Selangor” kata beliau.

Dr Khir melepaskan jawatan menteri besar yang dipegangnya sejak 2001 selepas BN kalah dalam pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan Selangor sekarang yang meluluskan lesen pasir sebagai salah satu pendapatan negeri.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...