Duo Adun PKR dituduh rasuah isu pasir dakwa RPK keliru antara Azmin Ali dan Azmin Karim


(The Malaysian Insider) – Duo Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR  yang dituduh menerima rasuah isu pasir oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) mengecam sekeras-kerasnya tuduhan RPK yang turut mengaitkan Azmin Ali terhadap isu itu.

Duo berkenaan mendakwa, RPK terkeliru antara Timbalan Presiden PKR itu dengan Azmin Karim, pegawai kepada Shuhaimi Shafiei, Adun Sri Muda berkenaan.

Shuhaimi  menegaskan, Azmin Karim juga merupakan pemegang amanah untuk wang bernilai RM50,000 yang dipinjam beliau daripada pemilik syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd, Adnan Abd Mokhtar untuk membantu seorang rakan ‘A’ yang memerlukan bantuan kewangan bagi membuka syarikat Smartreader di Kota Damansara.

“RPK mungkin terkeliru antara Azmin Ali dan Azmin Karim yang merupakan pegawai saya yang banyak menjalankan tugas bagi pihak saya.

“Wang RM50,000 itu dimasukkan ke dalam akaun Azmin kerana sehingga hari ini, Adnan masih gagal untuk berjumpa saya, untuk saya memulangkan semula wang berkenaan,” tegasnya.

Namun begitu, beliau enggan mengulas lanjut mengapa wang tersebut diserahkan kepada Azmin, dan bukan disimpan oleh pihaknya.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Shuhaimi turut membidas dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh RPK berkenaan dirinya dan Adun Batu Caves, Amiruddin Shari, dan menegaskan artikel RPK itu berniat jahat terhadap dirinya.

“Saya yakin beliau bersekongkol dengan anasir-anasir Barisan Nasional (BN) bagi mengalih perhatian daripada skandal Pusat Fiddlot Nasional (NFC) yang semakin memuncak.

 



Comments
Loading...